Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.kat] | زکاة

Definisi : Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ~ fitrah = ~ badan zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pd bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa); ~ harta zakat yg diwajibkan ke atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan yg cukup nisab dan haul; ~ pendapatan zakat yg diwajibkan ke atas pendapatan seseorang pd kadar 2.5% setelah cukup nisab dan haulnya; ~ rikaz zakat yg dikenakan ke atas harta terpendam termasuk bahan galian; berzakat membayar (memberi) zakat; menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (harta dsb): ~ hartanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.kat] | زکاة

Definisi : cukai yg wajib dibayar atau dikeluarkan oleh tiap-tiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya. ~ fitrah (badan) zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali pd bulan puasa (sehingga sebelum sembahyang hari raya). ~ harta zakat yg diwajibkan atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan, yg cukup nisab dan haul. berzakat membayar atau mengeluarkan zakat. menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (sesuatu): Orang Islam wajib ~ hartanya apabila cukup syarat-syaratnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zakat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zakat mal mustafadzakat hasil perkhidmatanPerniagaan IslamTiadaPenaksiran zakat terhadap aktiviti perkhidmatan oleh individu atau syarikat. Jumhur ulama menetapkan bahawa zakat hasil perkhidmatan adalah wajib. Bagi individu, penaksiran dibuat berdasarkan nilai hasil yang diterima, sedangkan bagi syarikat, penaksiran dibuat berdasarkan zakat perniagaan. Sekiranya perkhidmatan guaman, kedoktoran atau perundingan ditawarkan melalui perniagaan berdaftar, maka sumber zakat dalam kes ini diperoleh daripada zakat gaji dan zakat perniagaan.
qa‘idah zakat ‘urfiyyahkaedah zakat modal berkembangPerniagaan IslamTiadaPenaksiran zakat terhadap sesebuah perniagaan berdasarkan nilai modal dan perkembangannya sehingga cukup haul. Bagi syarikat, kaedah ini meliputi dana pemilik saham, sumber dana daripada pihak luar dalam bentuk liabiliti jangka panjang dan ditolak perbelanjaan modal serta pelaburan bukan semasa. Penaksiran zakat diikuti dengan pelarasan yang melibatkan sumber yang tidak menepati hukum syarak, aset yang tidak berkembang, aset kebajikan, aset yang telah dizakatkan dan aset yang tidak sempurna milik. Nilai zakat melalui kaedah ini adalah sama dengan nilai zakat kaedah modal kerja terlaras.
qa‘idah zakat syar‘iyyahkaedah zakat modal kerja terlarasPerniagaan IslamTiadaPenaksiran zakat terhadap sesebuah perniagaan yang telah cukup haul, berdasarkan aset semasa bersih atau modal kerja. Bagi syarikat, qa‘idah zakat syar‘iyyah mengambil kira aset semasa dan ditolak liabiliti semasa. Penaksiran zakat akan diikuti pelarasan melibatkan sumber yang tidak menepati hukum syarak, aset yang tidak berkembang, aset kebajikan, aset yang telah dizakatkan dan aset yang tidak sempurna milik. Nilai zakat melalui kaedah ini adalah sama dengan nilai zakat kaedah modal berkembang.
nisab zakat tijarahnisab zakat perniagaanPerniagaan IslamTiadaKadar penilaian harta semasa bersih terlaras yang bersamaan dengan nilai 85 gm emas. Sekiranya nilai harta tersebut bersamaan atau melebihi nisab emas, maka harta itu dikenakan zakat pada kadar 2.5 peratus. Dalam perkongsian perniagaan, zakat ditaksir terhadap keseluruhan perniagaan dan pembayaran dikira mengikut nisbah modal masing-masing.
nisabnisabPerniagaan IslamTiadaHad ukuran, timbangan atau bilangan bagi jenis harta tertentu yang diwajibkan zakat apabila menyamai atau melebihi had nilai atau ukuran. Nisab berbeza mengikut jenis harta yang tertakluk kepada zakat seperti zakat perniagaan, ternakan, pertanian, galian atau emas dan perak.
haultempohPerniagaan IslamTiadaJangka waktu 12 bulan Hijrah yang dijadikan asas atau tempoh kematangan sesuatu peraturan atau tarikh persetujuan. Contohnya, dalam zakat perniagaan dan zakat ternakan, taksiran dilakukan setelah memenuhi syarat haul dan nisab. Manakala zakat pertanian hanya tertakluk kepada nisab sahaja. Untuk zakat hasil perkhidmatan, mazhab Syafii yang menetapkan nisab dan haul.
زكاة الركازzakat rikazAgama IslamFiqhZakat harta terpendam peninggalan orang zaman sebelum Islam.
زكاة الفطرةzakat fitrahAgama IslamFiqhZakat yang dikenakan ke atas individu pada bulan Ramadan.
زكاة المالzakat hartaAgama IslamFiqhZakat yang diwajibkan ke atas harta.
صدقة الفطرzakat fitrahAgama IslamFiqhZakat badan yang diwajibkan ke atas setiap individu yang ditunaikan pada bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang hari raya.
123

Kembali ke atas