Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.man] | زمان

Definisi : 1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2. kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ ark umur; ~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di utara garisan khatulistiwa; ~ atom masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacam-macam keperluan atau tujuan; ~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala; ~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat; ~ dahulu (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; ~ depan (muka) masa yg akan datang; ~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa); ~ gemilang masa yg makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan kemakmuran); ~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dsb); ~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab); ~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dsb); ~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing; ~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah); ~ puntung berasap zaman kuno; ~ purbakala zaman dahulukala; ~ sekarang (pd) masa sekarang ini; ~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah); sezaman pd zaman yg sama; berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yg) sangat lama; zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama: motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain yg telah lama menjalankan usaha demikian ~; penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.man] | زمان

Definisi : jangka waktu yg agak lama; masa: Pd ~ Jepun dahulu, kehidupan sangat susah. ketinggalan ~ sudah tidak sesuai dgn keadaan semasa. ~ air batu zaman ketika air batu menutupi sebahagian besar muka bumi. ~ atom masa atau zaman manusia menggunakan tenaga atom utk pelbagai keperluan atau tujuan. ~ batu zaman manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat-alat. ~ gangsa zaman selepas zaman batu. ~ gemilang masa yg makmur. ~ jahiliah zaman sebelum munculnya agama Islam. ~ purbakala (dahulu) zaman yg telah lama (lampau). ~ sekarang masa sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Bermaksud :

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Zaman-zaman keriangan(warna sari kehidupan)Abraham Nyerang ak Sylvester SaliJendela SarawakTiada
Peluang KeduaShamsinor Zaman Shamsuz ZamanDewan Siswa1 March 1993
Aids: kesedaran hampir tiadaShamsinor Zaman Shamsuz ZamanDewan Siswa1 March 1993
Selamatkah kereta ciptaan sekarang?Shamsinor Zaman Shamsuz ZamanDewan Siswa1 September 1993
Zaman Gerhana: melihat zaman lampau pada masa kiniIsmail AhmadDewan Sastra15 January 1977
Perbezaan zaman Balai Pustaka dengan zaman Pujangga BaruYasnida YaakubMastika1 June 1979
Kesusasteraan Arab zaman jahiliah dan zaman IslamMana SikanaDewan Sastera15 September 1978
Kesusasteraan Arab zaman jahiliah dan zaman Islam: satu pertembungankreativitiMana SikanaDewan Sastera15 August 1978
Kesusasteraan Arab zaman jahiliah dan zaman Islam: satu pertembungankreativitiMana SikanaDewan Sastera15 July 1978
Perarakan kehebatan zaman dahulu dan kehebatan zaman sekarangTiadaKarya1 April 1998
12345678910...

Kembali ke atas