Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Zaman dahulu kereta lembu,
     Zaman sekarang kereta kuda;
Harap tuan memberitahu,
     Apa maksudnya kita bercinta?


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara jawapan berikut yang manakah betul. 1. Pada batu bersurat itu --------- undang-undang dan peraturan masyarakat zaman dahulu. A. bertulis B. tertulis 2. Encik Nordin menasihati anaknya agar tidak memakai pakaian yang ----------- A. menjolok mata B. mencolok mata 1. Pada batu bersurat itu tertulis undang-undang dan peraturan masyarakat zaman dahulu.

2. Encik Nordin menasihati anaknya agar tidak memakai pakaian yang mencolok mata.
Tatabahasa29.10.2013
Salam, saya ingin tahu tentang penggunaan perkataan tamadun. adakah ia merujuk kepada zaman dahulu sahaja atau boleh juga digunakan pada masa kini? contohnya tamadun kelantan. adakah ianya sesuai untuk menceritakan tentang perkembangan negeri kelantan sekarang?Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi. Tidak ada pengkhususan untuk zaman dahulu atau pada masa kini.Makna25.06.2012
Selamat sejahtera, Kebiasaannya, dalam peruturan orang zaman dahulu menggunakan panggilan 'hamba-tuan hamba'. Jadi, bolehkah jika saya memasukkan 'tuan hamba' sebagai kata ganti nama diri kedua untuk bentuk tunggal?Dan apakah penerangan yang perlu diletakkan? Terima kasih.Lazimnya tuan hamba digunakan apabila merujuk orang yang lawan bercakap seorang, jika lebih daripada seorang lazimnya disebut tuan hamba berdua dan seterusnya.Tatabahasa26.04.2013
Tuan, saya sedang mencari karya dan tulisan penulis-penulis agung Melayu zaman dahulu kala seperti Prof. Hamka. Di manakah boleh saya mendapati buku-buku seperti ini? Adakah DBP mempunyai buku-buku tersebut?Buku karya Prof. Hamka dan karyawan lain juga boleh dibaca di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Puan boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (keahlian perpustakaan) dan di Pusat Dokumentasi Melayu anda boleh membuat rujukan dan pinjaman bahan.Lain-lain10.08.2014
Simpulan Bahasa adalah gabungan dua perkataan yang biasa digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk mengambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan mausia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Rujuk fail yang dilmpirkan.

DBP mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.  Peribahasa Tekak Biawak memang wujud.  Kemungkinan dalam penyusunan buku peribahasa, peribahasa tekak biawak ini telah terlepas pandang.  Pihak kami mengambil maklum.  Peribahasa ini akan dimasukkan dalam penyusunan buku peribahasa akan dating.

Lain-lain11.08.2016
1. Kepastian tentang penggunaan 'hamba' dan 'tuan hamba'. Adakah kedua-duanya hanya digunakan pada zaman dahulu?Tuan hamba dan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama. Tuan hamba yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Dalam penggunaan bahasa Melayu standard istilah ini tidak boleh digunakan.Tatabahasa28.01.2016
salam. saya sedang mencari perkataan antonim utk perkataan mitos. mohon pertolongan daripada pihak tuan/puan atas permasalahan saya ini. terima kasihMitos ialah cerita zaman dahulu yang dianggap benar. Oleh itu, lawan kepada cerita benar ialah cerita dongeng. Kami mohon maaf atas kelewatan memberikan jawapan kerana terdapat masalah teknikal dalam perkhidmatan kami.Makna17.04.2012
1) Apakah bahasa kuno , bahasa klasik dan bahasa moden ? 2) Apakah perbezaan antara bahasa kuno , bahasa klasik , dan moden ?Bahasa kuno ialah bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; bahasa moden ialah bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; bahasa klasik boleh disandarkan maknanya kepada muzik klasik yg bersifat serius dan abadi nilainya; tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Mencari perbezaan antara ketiga-tiga bahasa tersebut adalah dgn melihat kepada makna-makna bahasa tersebut.Makna18.08.2007
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK,Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya,  tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih.Makna13.09.2008
Apa beza bahasa kuno dengan bahasa sanskrit?

Bahasa kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan pada zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dan sebagainya. Bahasa Sanskrit pula ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi.

Lain-lain24.08.2023
12345

Kembali ke atas