Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.pin] | زاڤين

Definisi : Ar sj lagu dan tarian yg berasal dr Tanah Arab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.pin] | زاڤين

Definisi : nama sj lagu dan tarian yg berasal dr tanah Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zapin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zapinzapinMuzikTiada

Muzik dan tarian rakyat yang diperkenalkan di Malaysia oleh orang Arab dari Hadramaut yang menetap di Johor sebelum abad ke-14. Terdapat dua jenis zapin di Johor, iaitu (i) Tarian dan muzik zapin Arab yang rancak dan bertenaga dipersembahkan oleh masyarakat keturunan Arab Johor. Lagu zapin berbentuk nyanyian pantun dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Zapin Arab diiringi alat muzik seperti oud atau gambus, gendang marwas dan gendang dok, (ii) tarian dan muzik zapin Melayu yang diperkenalkan dalam kalangan masyara­kat Melayu melalui teater bangsawan dan pentas joget pada tahun 1930-an dan tahun 1940-an serta melalui filem Melayu pada tahun 1950-an. Zapin Melayu diiringi alat muzik seperti biola, akordion, gambus, seruling, dok, rebana dan tamburin. Contoh zapin Melayu ialah Gambus Palembang dan Zapin Maulana. 

maruas (Mal)maruasKesenianTiadaGendang dua muka biasa digunakan dalam muzik zapin.
irama Malaysiairama MalaysiaMuzikTiada

 Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu Hijau oleh Zainal Abidin, Cindai oleh Siti Nurhaliza, dan Dikir Puteri oleh Noraniza Idris. Lihat juga muzik popular, world music.

dokdokMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Dok ialah dram yang mempunyai baluh berbentuk kon. Alat ini mempunyai satu permukaan kulit yang dipukul dengan tangan dan dimainkan dalam ensembel zapin tra­disional.

accenttekananMuzikTiada

[ > ] Penegasan pada not atau not tertentu yang boleh mengha­silkan corak irama yang biasa dan tersusun atau corak irama yang luar biasa dan tidak tersusun. Salah satu daripada peranan tekanan adalah untuk menentukan irama tarian seperti zapin dan tango.

oudoudMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang dipetik. Alat muzik ini berasal dari Timur Tengah. Oud terdiri daripada badan yang berbentuk bujur dan berleher pendek tanpa fret. Lima utas tali yang berpasangan dan satu utas tali lagi dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut. Alat muzik ini dimainkan dengan meletakkannya secara melintang di atas riba dan tali dipetik dengan jari. Oud menghasilkan melodi dalam muzik tradisional Malaysia yang berentak zapin dan asli. Dalam kalangan masyarakat Melayu, oud dikenali sebagai gambus. Alat muzik yang memainkan muzik klasik dan muzik popular ini dibawa oleh pedagang Arab ke kepulauan Asia Tenggara dan telah diterima oleh orang Melayu.

gambusgambusMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Gambus yang berasal dari Timur Tengah dikenali sebagai ud. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian belakang badan berbentuk bulat. Bahagian hadapan permukaan alat muzik ini rata dengan lehernya yang pendek tanpa fret. Gambus mempunyai lima hingga lapan tali yang disusun dalam dua lapisan serta satu tali bernada tinggi. Pemain akan meletakkan gambus secara melintang dan talinya dipetik dengan jari. Gambus dimainkan dalam ensembel zapin, ghazal dan ronggeng asli. Di Sabah dan di Sarawak, gam­bus dimainkan oleh suku kaum Bajau, suku kaum Kadazan dan kaum Iban. Gambus dari kedua-dua negeri ini diperbuat daripada kayu yang mempunyai kulit pada bahagian hadap­an. Paku tekan digunakan untuk memasang kulit pada badan gambus dan mempunyai tiga tali yang disusun dalam dua la­pisan. Di Sabah, gambus dipetik dengan plektrum yang diper­buat daripada sisik tenggiling, sementara di Sarawak gambus dipetik dengan jari. Suku kaum ini bermain gambus untuk menghiburkan hati selepas bekerja. Lagu yang dimainkan ditiru daripada lagu joget dan zapin.


Kembali ke atas