Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zi.na] | زنا

Definisi : persetubuhan yg tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), mukah: jangan kamu melakukan ~; berzina melakukan zina, berbuat zina, bermukah; perzinaan perihal atau perbuatan berzina; penzina orang yg berzina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zi.na] | زنا

Definisi : persetubuhan yg dilakukan secara haram (tanpa nikah). berzina melakukan zina; bersetubuh secara haram (tanpa nikah); bermukah. perzinaan perbuatan atau hal berzina. penzina orang yg berzina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Hukuman zina kepada yang bukan muhsan adalah dijilid seratus kali dan dibuang negeri sebagimana firman Allah yang bermaksud" Adakah perkataan jilid dalam ayat di atas sesuai dengan konteks ayat ataupun tiada perkataan jilid yang membawa maksud yang sesuai dalam konteks ayat?Dalam data PRPM kami, maksud perkataan "jilid" merujuk buku yang dijahit dalam proses penerbitan dan tiada maksud lain.  Oleh itu perkataan "jilid" tidak sesuai untuk konteks ayat tersebut. Makna22.04.2016
Apakah maksud sumbang mahram?Sumbang mahram bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota ter­dekat daalm sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuannya.Makna07.09.2016
bagaimanakah hendak mncari sesuatu bahan rujukan/artikel dengan cepat dan sumber yang betul...cth: modul zina?kempen penggunaan bahasa melayu yang berkesan?

Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan tajuk yang diperlukan di perpustakaan.

Lain-lain21.10.2010
slogan merupakan kata yang pendek tetapi memberi kesan. siapakah yang mencipta slogan kami prihatin dan anda bijak jauhi zina?Pertanyaan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila rujuk organisasi yang menggunakan/menguar-uarkan slogan berkenaan.Lain-lain13.01.2011
Apa beda antara "sumbang mahram" dengan "sumbang muhrim"?Dalam Kamus Dewan, terdapat istilah sumbang mahram yang bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan ayah dengan anak perempuannya.

Makna05.09.2013
Assalamualaikum Setakat ini DBP membenarkan kata kerja transitif (KKT) 'merujuk' sahaja boleh digandingkan dengan KSN 'kepada' sebagai satu kekecualian. Bagaimanakah pula dengan KKT lain yang juga sering digandingkan dengan KSN seperti memacu kepada pembangunan negara, membawa kepada zina dan sebagainya. Bagaimanakah DBP melihat isu ini? Adakah masih dibenarkan?Berdasarkan korpus, penggunaan "membawa kepada" dan "memacu kepada" banyak digunakan dalam penulisan. Penggunaan  frasa ini lazimnya terpengaruh dengan bentuk bahasa Inggeris yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Penggunaan tersebut kurang tepat dari aspek tatabahasa Melayu. Para pengguna bahasa boleh menggunakan "boleh menyebabkan zina" , "memacu pembangunan negara", "menyebabkan tingkah laku ganas" dan lain-lain dengan menggugurkan KSN kepada.Tatabahasa23.09.2019
para penonton diminta duduk supaya tidak kelihatan sumbang. (tuan, sumbang adalah salah dan patut digantikan dengan perkataan apa? tq

Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sumbang bermaksud 1. tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal 2. tidak betul perbuatannya; salah; silap 3.  tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina dll). Perkataan sumbang boleh digantikan dengan perkataan lain, misalnya janggal, pelik, dan sebagainya,  bergantung pada konteks penggunaannya.

Makna09.09.2011
Dalam konsep qazaf, ada beberapa pendapat bercanggah dalam memberi makna qazaf tersebut. Versi pertama, qazaf bermaksud menuduh perempuan suci berzina (berdasarkan buku teks pendidikan islam kssm tingkatan 5). Versi kedua, menuduh perempuan solehah/baik berzina(melalui enjin carian Google). Adakah kedua-dua versi ini membawa kepada makna yang sama?Khidmat Nasihat DBP tidak dapat menentukan takrif yang paling tepat antara kedua-dua sumber yang diberikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan himpunan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, qazaf dari segi istilah ialah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan (Mukhtar al-Sihah), dan sebahagian ulama lagi mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.


Tatabahasa16.04.2022
Definisi 'virgin' dalam Kamus DBP ialah n person esp a woman who has never had sex, (anak) dara. Bolehkah perkataan dara digunakan menterjemah virgin untuk lelaki? Adakah perkataan ini khusus untuk perempuan?Berdasarkan takrif yang diberikan iaitu "person esp a woman who has never had sex", perkataan esp menunjukkan bahawa subjeknya tidaklah mutlak kepada perempuan sahaja. Ini merupakan dapatan daripada data korpus bahasa Inggeris pada ketika itu. 

Dara atau anak dara dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada perempuan. Kata dara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) diolah seperti berikut:

dara دارا 1 
adj 1 (bkn perempuan) belum pernah melakukan persetubuhan dgn lelaki: Pengesahan doktor
bahawa ia masih dara boleh digunakan utk melepaskannya drp tuduhan zina.

Walau bagaimanapun, jika korpus bahasa Inggeris ada menunjukkan subjeknya ialah lelaki, maka cadangan padanannya ialah teruna berdasarkan takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merujuk kepada makna yang sama, iaitu:

teruna ترونا  
adj 1 (bkn lelaki) belum pernah melakukan persetubuhan dgn perempuan: Memang agak sukar
utk mengetahui sama ada calon suami anda masih teruna atau tidak.




Lain-lain09.06.2021

Kembali ke atas