Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zo.diak] | زودياک

Definisi : 1. garisan melengkung khayalan di langit yg terbahagi kpd 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, mintakulburuj; 2. gambar rajah mintakulburuj yg digunakan dlm ilmu nujum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zodiak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan, Saya ada dua (2) soalan seperti berikut: - 1) Saya ingin tahu maksud perkataan rekata dengan lebih jelas dan contoh ayat menggunakan perkataan tersebut. 2) Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang perkataan arkaik dan senarai perkataan arkaik? Adakah sebarang buku diterbitkan? Sekian, terima kasih.Perkataan rekata merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang merupakan sejenis rasi, kala. Perkataan ini tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu dan data berhubung dengan penggunaan perkataan tersebut tidak dijumpai.

Walau bagaimanapun, perkataan rasi merupakan sekumpulan bintang dlm zodiak (minta­kulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur)
Lain-lain13.08.2018
boleh pihak DBP berikan infrmasi tentang prosa tradisional Rejang.Melalui laman web ini, saya tidak memperoeh sebarang informasi mengenainya walhal prosa itu merupakan prosa tradisional.Saya nak tau tentang ciri-ciri, latar belakangnya dan apa-apa yang boleh melengkapkan tugasan saya secepat mungkin.saya berminat untuk mengkaji jenis sastera ini kerana saya hanya mendapat informasi bahawa ia adalah sejenis pantun. Kenapa tidak didedahkan?????Rejang ialah istilah astrologi, iaitu nama satu siri lambang-lambang yang mewakili tia-tiap hari dalam sebulan. Lambang-lambang ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada nasib atau raksi pada hari-hari yang berkenaan. Dalam erti kata lain, rejang ini ialah satu ramalan tentang nasib manusia sama seperti bintang dua belas (zodiak) yang kita kenali hari ini. Untuk menjelaskan tentang nasib atau ramalan seseorang , masyarakat Melayu dahulu telah menulis rejang dalam susunan puisi Melayu. Antara bentuk puisi Melayu lama yang digunakan untuk menulis rejang ialah syair dan pantun. Contoh rejang yang telah ditemui ialah "Syair Rejang"  dan "Pantun Rejang". Untuk mendapatkan contoh-contoh rejang, saudari yang budiman bolehlah merujuk buku "Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi" oleh Harun Mat Piah, terbitan DBP, tahun 1989. Untuk merujuk buku ini saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, Kuala Lumpur. Budi Bahasa Budaya Kita.Lain-lain15.01.2008
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, mengapakah kebanyakan istilah Arab dalam PRPM dieja dengan huruf kecil? Misalnya, firdaus (nama syurga), iblis (bapa kepada bangsa jin sepertimana Adam sebagai bapa kepada bangsa manusia), firaun (raja Mesir zaman dahulukala), lailatulqadar (peristiwa penting dalam agama, sama konsepnya seperti Hari Easter, Halloween dan sebagainya) dan banyak lagi. Bagaimanakah penentuan tanda baca huruf besar dan kecil ini ditentukan? Sekian, terima kasih.

Untuk makluman pihak puan, ejaan perkataan dalam PRPM berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat. Semasa penyusunan Kamus Dewan Edisi Keempat dahulu, penentuan ejaan sama ada berhuruf besar atau berhuruf kecil tidak jelas kerana penyusun memasukkan sesuatu kata berdasarkan keputusan atau panduan yang dikeluarkan pada waktu itu.

 

Namun, semasa penyusunan Kamus Dewan Perdana (KDP), pengejaan entri dibuat berdasarkan segala keputusan, panduan dan perbincangan yang diputuskan oleh beberapa pihak tertentu, termasuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Jawatankuasa Editorial, pertanyaan terus kepada pihak tertentu yang berkaitan dan sebagainya. Pada masa ini, keputusan untuk mengejakan sesuatu kata nama khas itu adalah lebih jelas dan dapat diandalkan.

 

Sistem penyusunan KDP merumuskan penentuan bagi kata nama khas  ialah nama yang menunjukkan tempat, peristiwa, nama orang dan lain-lain yang khusus. Sebanyak lebih kurang 30 kategori dimasukkan sebagai entri dan dieja dengan huruf besar. Antaranya ialah nama negara, negeri, perayaan, fahaman, gelaran, hari, bulan, tahun , zodiak, planet, lautan, benua dan lain-lain. Contoh perkataan nama khas yang dieja dengan huruf besar ialah Pahang, Lautan Atlantik, negara Afrika, garisan Sartan, bangsa Melayu dan sebagainya.

 

Nama-nama syurga dieja dengan huruf besar, misalnya Firdaus dan Naim, nama neraka seperti Jahanam dan Hawiah, nama malaikat seperti Jibrail dan Mikail dan lain-lain lagi.

 

Kata nama yang dianggap kata umum ditulis menggunakan huruf kecil.

 

Dengan penjelasan ini diharapkan dapat membantu puan dalam pengejaan sesuatu kata.

Ejaan07.12.2020

Kembali ke atas