Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zu.ri.at] | ذوريت

Definisi : Ar keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu; meninggalkan (menurunkan) ~ mempunyai atau menghasilkan keturunan, mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka; sezuriat sama zuriat: antara definisi saudara yg dimaksudkan mengikut akta itu termasuk keturunan ~; berzuriat mempunyai zuriat: orang yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zu.ri.at] | ذوريت

Definisi : keturunan; anak atau anak cucu. berzuriat mempunyai zuriat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zuriat (kata nama)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan keturunan, benih, baka, anak, cucu, bibit, muwalat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan Kamus Dewan, keturunan bermaksud 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. Dengan merujuk kepada maksud keturunan, wajarkah keturunan seseorang warganegara Malaysia dikatakan India? Berdasarkan definisi perkataan keturunan, seseorang warganegara Malaysia tidak mungkin mewarisi India ataupun memiliki apa-apa hak di negara India. India hanya wujud dengan kesatuan beberapa buah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan budaya, bahasa dan adat mereka tersendiri. Apa yang boleh diturunkan oleh nenek moyang ialah bahasa ibunda dan budaya. Apa yang telah saya mewarisi daripada nenek moyang saya ialah bahasa Tamil dan budaya kaum Tamil. Maka, keturunan, kaum dan bangsa saya ialah Tamil. Saya juga ingin bertanya tentang kewajaran India dirujuk sebagai suatu kaum dan bangsa kerana India ialah sebuah negara kerana bangsa ialah jenis manusia drpd satu asal keturunan ataupun kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan . Mengikut definisi bangsa yang pertama, bangsa saya ialah Tamil manakala bangsa saya ialah bangsa Malaysia jika merujuk kepada definisi kedua. Kaum pulu dirujuk sebagai golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. Maka, kaum saya ialah Tamil. Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak Dewan Bahasa mengenai kenyataan saya dan penjelasan mengenai soalan saya.

Untuk makluman tuan, takrifan dalam Kamus Dewan merupakan takrifan yang digunakan dari sudut bahasa. Kamus Dewan mentakrifkan India (dari segi bahasa) ialah bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari benua India.  Perkataan Tamil pula bermaksud bahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka.

Makna29.08.2019
Makna perkataan "keturunan" adakah mengikut pada keturunan bapa atau ibu atau kedua2nya sekali atau boleh dianggap salah satu dari keturunan ibu atau bapa

 Puan Normala,

Jika puan melihat makna keturunan dalam Kamus Dewan ialah benih, baka, anak atau anak cucu; meninggalkan (menurunkan) ~ mempunyai atau menghasilkan keturunan, mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka; sezuriat sama zuriat. Manakala bidang antropologi pula kata "patrilineal descent " membawa maksud keturunan nasab-bapa/ keturunan patrilineal. Oleh itu, keturunan sebelah bapa atau ibu boleh digunakan kedua-duanya berdasarkan tafsiran literal seperti di atas.

Istilah03.03.2009
apa pengertian baka, gen, jenitik, dan keturunanBaka ialah keluarga (yang menurunkan), atau asal keturunan. Gen ialah  sebahagian daripada juzuk sel pada benda hidup, yang mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yang berkenaan. Genetik (bukan jenitik) bermaksud;1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen; 2. berkenaan pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu.  Keturunan bermaksud anak cucu, baka, zuriat.Makna22.07.2009
Apakah perbezaan antara perkataan kaum, etnik, bangsa, keturunan. Terima kasih.Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Bangsa: 1. jenis manusia daripada satu asal keturunan 
              2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan

Keturunan: 1. yg diturunkan darrpada, anak cucu kepada, turunan, zuriat
                   2. sesuatu yg diwarisi
Makna05.01.2017

Kembali ke atas