ondu I Kd | panggilan kepada lelaki yang lebih muda. | “Sumi bilang, dia tahu Ondu dapat menjadi seorang laki yang baik,” Aki menambah masih dengan ketawanya yang lepas bebas itu. | ‘Sekilas...’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pendulug Ir | menghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan. | Akhir sekali untuk menyempurnakan tradisi budaya perkahwinan Iranun iaitu pendulug bermaksud menghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan. Selepas acara ini, kedua mempelai dibenarkan bebas melawati keluarga kedua-dua belah pihak dengan penuh adat istiadat kemasyarakatan. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |