Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
liat (adjektif)
1. Bersinonim dengan boleh dilentur: liut, kenyal, anjal, gayal, ulet, jegang, alot,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tabah, cekal, nekad, ulet, tahan hati, tidak berganjak, tetap hati, tunggang hati,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, enggan, segan malas, sungkan, celika, ogah, ewa, wegah, lundung,
Berantonim dengan rajin

Kata Terbitan : keliatan,

Puisi
 

Pulut panggang isi liat,
     Minum kopi di pagi hari;
Hanguslah padang adik melihat,
     Hanguslah hati hancur sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah liat kayu akar,
     dilentur boleh dipatah tak dapat.

Bermaksud :

Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
buek Bj Spsejenis kayu keras dan liat.Kayu pilihan utama adalah kayu Balunu-Balunu dan kayu buek.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selepak Mlpasu kecil yang diperbuat daripada tanah liat dan berwarna kehitam-hitaman. Ia digunakan sebagai tempat menyimpan minyak atau ramuan berubat.Yang menjadi tumpuan ialah selepak-selepak tok nenek moyang. Cuma dia mengerjakan kerja itu apabila ada kematian. Dari situlah dia mengambil kesempatan mengambil dua tiga selepak.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas