Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
licin
1. Dalam konteks permukaan
bersinonim dengan tidak kesat, lincir, tidak kasap,
(adjektif:)
Berantonim dengan kesat

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan halus, tidak menggerutu, tidak berkedut, rata, sekata, lelas, peras,
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan botak
( gondol, loncos, lokos, )
(adjektif:)

4. Rujuk licau 2

5. Bersinonim dengan licik
( pintar, cekap, )
(adjektif:)

6. Bersinonim dengan lancar
( tidak tergendala, baik, elok, mudah, senang, )
(adverba:)

Kata Terbitan : melicinkan, kelicinan, pelicin,

Puisi
 

Orang mengail di lubuk licin,
     Dapat ikan beliak mata;
Sudah terpandang dahi licin,
     Rasa nak putus urat mata.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Licin bagai belut.

Bermaksud :

Tidak mudah ditipu atau ditangkap.

 

Lihat selanjutnya...(22)

452

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Mati-mati berminyak biar licin

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi mati-mati berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
batu li’ee, *batu liid* Bdsejenis batu dari sungai yang berwarna keputih-putihan. Permukaannya licin, saiznya kecil dan berbentuk bulat.Abui menyeluk ke dalam beg kain tepung gandumnya. Dikeluarkannya sebiji batu li’ee yang putih licin dari dalam. Batu itu agak bulat sebesar biji guli.Antologi PilihanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belia Ibalat untuk merapatkan benang dan diperbuat daripada banir kayu tapang, kayu mengeris atau kayu keras lain yang licin.Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas