ngelala Ib, MSr | mengenal, mengecam. | Di hadapannya kelihatan beberapa orang pelanggan yang sibuk melayan selera memilih jenis kuih yang hendak dibeli. Dari jarak begitu dia tidak dapat ngelala semua orang, mungkin dari Kampung Lintang dan tidak mustahil juga mereka dari Jalan Istana. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumurut Kd | tempoh pembesaran kanak-kanak yang berusia 1 hingga 15 tahun. | Di dalam tempoh yang dipanggil "sumurut" ini, mereka mula belajar mengenal nama-nama binatang dan tumbuh-tumbuhan. Setelah mencapai usia 15 tahun, mereka selalunya telahpun hampir tamat mengenali semua nama binatang dan tumbuh-tumbuhan. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |