Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Majlis di tepi air,
     merdesa di perut kenyang.

Bermaksud :

Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

501

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung !

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tingga Ibsejenis anting-anting yang tebal dan bergelung diperbuat daripada tembaga.Alangkah menawannya wajah dua orang pemuda itu. Ketika membelit sirat panjang meliliti pinggang, tupai-tupai yang berada berdekatan terpegun sehingga berhenti menggerit buah pinang. Dipasukkan pula anting-anting tingga yang tergantung hingga ke paras bahu.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
luit Ibdibuka dengan paksa, dituil.Ngumbang kemudian terus menggali kubur Berenai. Setelah digali, keranda yang mengandungi mayat Berenai itu diluitnya. Setelah keranda terbuka, dia mendapati mayat Berenai yang berada di dalamnya tidak busuk, dan seolah-olah seperti orang yang sedang nyenyak tidur.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyeli Ibsj tumbuhan bijirin (pokok dan buahnya) drpd jenis padi; Coix lachrymajobi.Apabila dua orang gadis itu mendekati rumah panjang, Bunga Eni dan Bunga Satangkai hanya sebesar ibu kaki. Apabila Kumang dan Lulong tiba di tepian permandian, roh itu sebesar ibu jari. Setiba mereka di halaman, roh itu sebesar sebiji jagung. Seterusnya apabila berada di kaki tangga, roh Bunga Eni dan Bunga Satangkai sudah sebiji nyeli.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas