kaval Rg | sejenis baju berlengan panjang tetapi bahagian lengan berkenaan tidak berjahit, dipakai oleh wanita. | Kaval - baju panjang tangan - tangannya dibelah tidak berjahit. Ia dipakai pada waktu hari-hari keramaian saja. Ianya berwarna-warni dan diperbuat daripada benang kapas. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linambungan Kd Kj | kain baldu hitam. | Linambungan - kain baldu hitam – dulunya cuma kulit kayu (jenis poputul) yang dihitamkan. Linambungan ini dihias dengan benang-benang yang beraneka warna dan juga manik-manik dan fesyen dari jenis tangan panjang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temeran Ib | alas untuk membawa bakul yang diperbuat daripada kulit kayu tekalong. | Kedua-dua belah telinga budak-budak di rumah panjang itu diconteng dengan kapur dan kedua-dua belah tangan mereka digelangkan dengan seutas tali yang dinamakan temeran. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |