sarung, *seraung* Kd | terendak yang dipakai oleh suku Dusun Papar. | Wanita-wanita ini menudungkan kepalanya dengan sejenis tudung kepala yang seakan-akan terendak di Malaya. Di Papar orang menamakan "sarung" dan bentuknya seakan-akan tudung saji di Malaya. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
languai, *langguai* Kd Pr | bekas sirih dan tembakau tidak bertutup. | Di kalangan suku kaum Kadazan Papar, mas kahwin ini terdiri daripada gong, canang, "manain", "languai", tajau, “kumanggi", tanah, kerbau dan babi. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
limbai Bj Sm | tarian tradisional suku kaum Bajau Sama. | Tarian Limbai merupakan satu lagi tarian asli kaum Bajau yang mendiami persisiran pantai Kuala Papar, terutama sekali di kampung-kampung Kuala, Bundusan, Pengalat, Kawang dan Kinarut. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kudidi Bj Sm | sejenis irama paluan kulintangan. | Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kerebak Bj Sm | sejenis irama paluan kulintangan. | Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jawa-jawa Bj Sp | sejenis irama paluan kulintangan. | Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jungkil Bj Sm | sejenis tarian tradisional yang ditarikan dalam majlis keramaian. | Jungkil juga merupakan satu lagi tarian suku kaum Bajau. Tarian ini banyak ditarikan oleh masyarakat Bajau yang mendiami daerah Papar seperti di kampung Kuala, Pengalat Kecil, Bundusan dan Kawang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |