ajat Ib | tari. | Ajatnya tambah rancak bila ada tangan-tangan yang ramai bertepuk agak serentak. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tigad-tigad Bj Sm | sejenis irama yang rancak, cepat. | Gamat sekali majlis belas itu. Tigad-tigad, anduh-anduh dan kelebak. Irama kulintangan gong, dan gendang serta bebandil mengeluarkan berbagai irama. Penontonnya sudah ramai yang datang. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngangkat abongan Bj Sm | kemuncak tarian runsai – hentakan kaki semakin kuat dan rancak mengikut irama. | Tarian runsai tidak menggunakan sebarang alat-alat bunyian, bunyi-bunyi pengiring bagi tarian tersebut cuma timbul dari hentakan kaki dalam Ngangkat abongan dengan diselangi oleh suara kalang yang bertingkah-tingkah dari pihak lelaki dan wanita. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gansip Mr | kepit, sejenis bentuk tarian orang Murut. | Muzik pengiring semakin rancak, mengiringi para penari yang berpasang-pasangan. Cekap mengelakkan kaki daripada terkena gansip oleh bambu yang dihentakkan antara satu dengan lain. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulintangan MSb | sejenis alat muzik masyarakat Sabah yang terdiri daripada gong kecil. | Pukulan gong, kulintangan dan gendang semakin rancak. Rumah pengantin lelaki itu semakin sesak dibanjiri oleh tetamu yang meraikan majlis perkahwinan itu. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |