Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ruang
Kata Terbitan : ruangan,

Puisi
 

Apa pandang padi paya,
     Tinggi petak dari ruang;
Apa pandang kepada saya,
     Budi tidak bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Beruang bagai durian,
     bernabu bagai cempedak.

Bermaksud :

Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ruai Ibruang menunggu, ruang legar, lobi.Minta daripada Sunti nasi pulut dan nasi biasa kalau sudah masak nanti," katanya pada Tarang yang tercegat di pintu ruai.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pantar Ibruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang.Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
hintuun Kdruang tamu.Bobohizan dan pembantunya akan duduk di lantai dalam sebuah bilik khas yang dikenali sebagai Hintuun. Bobohizan akan berdoa kepada Bambaazon disertai nyanyian pemujaan yang mengambil masa lebih kurang dua jam.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
babawang Kdsejenis rumput seperti bawang.Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah.Proton Saga KelabuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
songgorib Kdpemenggal (pengait) kepala.Harusnya songgorib yang telah memisahkan Oyong dari ruang kehidupanku, fikir Umbit, telah aku bunuh malam tadi.‘Songgorib’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
solinatad Kdsejenis rumput yg umbinya digunakan sebagai pemecah kahak (ekspektoran).Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah.Proton Saga KelabuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
utak-utak Bj, Slsejenis sanggul.Mata kayu Dayang Bandang yang bening, terus menembusi ke ruang hadapan yang mula kelam. Rambutnya yang bersanggul fesyen utak-utak dihiasi mahkota, teguh mengapuh belakang kepalanya biarpun dipuput bayu senja. Serta-merta dadanya sebak, direnggut pilu yang perit.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gendang balai MSbbeduk, tabuh.Sesungguhnya, bukan Zul tidak sedar. Setiap kiraan nombor itu jelas terbayang di ruang matanya. Bunyi kiraan itu seperti rentak paluan gendang balai yang dibunyikan ketika jenazah dimandikan.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
teluk-pisok, *telok-pisok* Ml, MSr, Skdi segenap tempat.Biarlah dia duduk di mana-mana sahaja di ruang rumah dan teluk-pisok agar dia dapat makan dengan selesa sampai kenyang. Kelak apabila diharapkan untuk memberi pertolongan dan bantuan, dengan sekali seru namanya pun dia sudah datang.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kikiri Kdgelenggang (gelénggang) sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ubat kurap, kayap dll), daun kurap; Cassia alata.Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah.Proton Saga KelabuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas