Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suci (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersih: murni, tidak tercemar, khalis,
Berantonim dengan kotor

2. Bersinonim dengan tidak berdosa: tidak bernoda, kudus, nirmala, safa, sufi, soleh, tahir, murni, putih,
Berantonim dengan bernoda

Kata Terbitan : bersuci, kesucian,

Puisi
 

Hanyut rakit batu tenggelam,
     Minyak ada berbuli-buli;
Matahari sakit bulan demam,
     Itulah tanda dunia tak suci.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
timang Ibnyanyian suci.Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. Ia dibaringkan terlentang. Hantu-hantu yang sedang menyanyi-nyanyikan timang bertanya tentang hantu yang berbaring itu.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengap Ibnyanyian suci, timang.Ketua yang bernama Jenua mengetuai pengikutnya mendiami kawasan Sungai Pusa. Sampai hari ini juga penyair lemambang masih menyebut dalam pengap mereka, "Jenua yang mempelopori Pusa hutan ditebang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengap Ibmenyanyikan lagu suci.Awaklah mengap selepas aku, kata Apai Sabit Bekait kepada Keling, "dan awak membantunya," katanya kepada Laja. "Bolehlah," kata Keling dan Laja, "tetapi macam mana kata-katanya?" "Seni katanya mudah saja," jawab Apai Sabit Bekait.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lemambang Iborang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian.Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
papan turai Ibpapan kayu yang lembut sebagai tempat mencatat (dengan melukis) urutan peristiwa dalam nyanyian suci (pengap dll).Puisi ini berbentuk tetap dan untuk mengingatinya disediakan tempat mencatat yang disebut ‘papan turai’ yang ditanda dan dapat difahami oleh pencatatnya sendiri sahaja.Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berayah Ibsuatu upacara keagamaan berupa gerak tarian sambil mengelilingi sesuatu seperti pokok yang dianggap sebagai suci dengan tujuan mengepalai dewa.Jengkuan melihat bahawa kepala isterinya ditempatkan dalam nyiru dan diletakkan berdekatan dengan pokok istiadat pun sabang. Orang sedang memasang api untuk membakar bunga-bunga dan garam. Lepas itu mereka melakukan upacara berayah mengelilingi pokok tersebut. Semua yang hadir mesti mengambil bahagian melakukan upacara itu.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas