Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
susuk (kata nama)
Bersinonim dengan bentuk, bangun, rangka.,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
susuk tingkayu Tbdendam (bahasa kiasan suku kaum Sungai).Pak Odok sering menggagalkan segala rancangan. Itulah pendapat Turagai. Dia mahu Nanak menjadi susuk tingkayu atas kematian Sindan, anak buahnya. Kalau bukan Nanak, Pak Odok pun sudah cukup. Kedua-duanya pun bersalah dan berdosa mengikut perkiraan Turagai.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinamboh Tbdukun.“Dia ke rumah Gitom Kinamboh kerana anaknya sakit.”Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengapit damak Tbmenghantar hantaran perkahwinan.Dua tahun bertunang. Baru nak mengapit damak?Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
begagung, *gagung* Ibbaju tanpa lengan (pakaian tradisional lelaki Iban).Seorang lelaki yang kelihatan gagah perkasa tapi mempunyai susuk badan yang sederhana besar pun datang. Dia memakai gelang manik, pedang di pinggang dan begagung.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tipa-tipa Tbsebarang bekas yang bertutup yang berasal daripada tin.Pak Odok mengeluarkan tipa-tipa. Dia mengeluarkan sebatang tigur. Lantas menghulurkan kepada Nanak.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bosi Tbparang.Bantilan bingkas dan mencapai bosi yang tergantung di dinding rumah. Bantilan mengikat sarung bosi itu ke pinggangnya. Dia melangkah menuruni tangga.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
duya Tbkemarahan yang tidak dapat dikawal.Kenapa sampai begitu?” “Datang angin.” “Angin apa?” “Angin duyanya.” “Apa bendanya angin duya tu?” “Mak tak tahu, tak usah cakaplah.”Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buru Tbhantaran perkahwinan.Nanak akhirnya mengeluh. Ada rasa kesal. Fasal buru, fasal kahwin, tanah terpaksa dijual. Bukankah bodoh namanya. Pada Nanak tanah sekarang bukan senang nak dapat.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penyigupan Tbtempat yang digunakan untuk menyimpan tembakau.Dia mencapai penyigupan dan mengeluarkan sebatang tigur. Sedikit sigup dimasukkan ke dalam tigur. Tigur digulung kecil. Api mancis dicucuh ke hujung tigur.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tonggilis Tbrawai.Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas