Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : 1 menghapuskan sesuatu dgn benda tajam: ~ karat. 2 ki menghilangkan atau meluputkan (perasaan, fikiran dsb): Dia mencuba ~ perasaan iri hati terhadap temannya itu. 2 ki menghabiskan (harta, wang dsb): Habis dikikisnya segala harta peninggalan ayah dan ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kikis2 (adjektif)
1. Bersinonim dengan hilang: lenyap, luput,

2. Dalam konteks harta benda
bersinonim dengan habis, haus, punah, lingkup,

Kata Terbitan : mengikis, kikisan, mengikis,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam serangan ke atas sistem kewangan, perakaunan atau perbankan. Proses mengikis nilai yang sangat kecil daripada setiap urus niaga adalah umpama pengikisan kepingan daging Salami. serangan smurf (Ig. smurf attack) Serangan penafian perkhidmatan terhadap komputer sasaran dengan mengubah suai alamat sumber

Kembali ke atas