Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.po.sit] | ديڤوسيت

Definisi : (déposit) 1. simpanan wang di bank atau institusi yg serupa; ~ tetap simpanan wang yg tertentu lamanya (atau utk jangka masa yg ditetapkan) dgn mendapat bayaran faedah; 2. wang yg disimpan di bank atau institusi yg serupa; mendepositkan menyimpan wang di bank atau institusi yg serupa utk mendapatkan faedah atau utk keselamatan; pendeposit penyimpan wang di bank: pekerja yg diberhentikan kerja mempunyai hak yg sama spt ~ CCB. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.po.sit] | ديڤوسيت

Definisi : /déposit/ 1 wang yg disimpan (tersimpan) dlm bank. 2 sebahagian drpd bayaran berupa wang yg dibayarkan (sebahagian lagi adalah hutang). mendepositkan memasukkan atau menyimpan wang di bank atau institusi yg serupa utk mendapatkan faedah, utk keselamatan dsb: Dia telah ~ sebahagian besar keuntungan yg diperolehnya di bank utk masa depan anak-anaknya. pendeposit orang atau pihak yg mendepositkan wang di bank dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deposit