Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll; ~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kem­bering; ~ tanpa gigi orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas; ~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ ber­tem­pik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan mem­bunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa; mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memper­laku­kan dgn kejam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : 1 beberapa jenis binatang buas yg rupanya spt kucing tetapi lebih besar. ~ belang Panthera tigris. ~ bintang Panthera pardus. ~ dahan Neofelia nebulosa. 2 ki orang yg berani dan ganas: Perajurit-perajurit itu spt ~ dan penuh bersemangat menentang musuh. ~ berantai ki orang yg paling handal dlm sesuatu pasukan atau kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harimau

Puisi
 

Sehari bulan rajanya harimau,
     Harimau tidur di rimba jati;
Semakin hati bertambah igau,
     Tuan seorang di mata hati.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Harimau puntung kena penjara,
     pelanduk kecil menolakkan mara.

Bermaksud :

Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(69)

17

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Harimau mengaum tak akan menangkap

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Harimau mengaum tak akan menangkap ," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sambungan rangkaian pengguna ke pelayan dan menyambungkannya semula berdasarkan alamat IP atau Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 76 6/6/11 4:01:51 PM 77 papan buletin penggodam pasukan harimau nombor telefon pengguna yang berdaftar dan disahkan selamat. Mekanisma ini melarang sambungan dari lokasi yang tidak dikenali, walaupun kata laluan pengguna dicuri. papan buletin penggodam (Ig. hacker bulletin board; Br enkripsi) Dua kekunci yang digunakan dalam penyulitan tak simetri yang salah satu kekuncinya menyulitkan dan yang satu lagi menyahsulitkan. Dua kekunci tersebut dikenali sebagai kekunci awam dan kekunci persendirian. pasukan harimau (Ig. tiger team; Br. kumpulan rimau; Id. tim harimau) Pasukan yang terdiri daripada pakar keselamatan komputer yang ditugaskan untuk menguji mekanisma pertahanan suatu sistem komputer. Ujian ini dilakukan dengan mensimulasi

Kembali ke atas