Kamus Teknologi Maklumat ct.indd sebagai label yang menggambarkan kepentingan dan kerahsiaan sesuatu subjek atau objek yang ditandakan dengan label tersebut dalam suatu sistem pengklasifikasian keselamatan berhierarki. Contohnya, KAKITANGAN BERKENAAN SAHAJA, SULIT, TERHAD DAN RAHSIA. ladang pelayan (Ig. server farm; Br. ladang pelayan; Id. ladang server) Sekumpulan komputer pelayan yang dihubungkan dengan kaedah berkelompok, grid, atau selari untuk membolehkan penggabungan kuasa pemprosesannya. Kumpulan komputer ini berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks, seperti penekaan
|