Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Ilahi kerana hanya dengan izin-Nya juga Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer (MABBIM) ini dapat diselesaikan penerbitannya. Penghasilan kamus ini adalah sejajar dengan usaha memantapkan istilah- istilah yang telah dibentuk melalui jawatankuasa-jawatankuasa penggubalan istilah. Penyusunan dan penerbitan kamus ini mungkin sahaja tidak terlaksana tanpa galakan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu. Sehubungan dengan itu, pada peringkat pentadbirannya ucapan setinggi-tinggi 6/6/11 4:01:23 PM xiv Atur cara yang memberikan laluan tersembunyi untuk mencapai suatu sistem komputer dengan mengelakkan kaedah penyahihan biasa pengguna. Atur cara ini memberikan laluan melalui port rangkaian pada hos yang dijangkiti untuk dicapai apabila diperlukan. Contohnya, perisian Back Orifice merupakan perisian pintu belakang yang boleh dipasang oleh pengguna hasad untuk memberikannya kawalan jarak jauh dan

Kembali ke atas