Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.te.pi.kan] | مڠتڤيکن

Definisi : 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak memen­tingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka ter­paksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak me­ngen­dahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. menge­luarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkir­kan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.te.pi.kan] | مڠتڤيکن

Definisi : 1 membawa atau menolak ke tepi: Apabila kami sampai, Adli sibuk ~ barang-barang permainan adiknya yg berselerak di tengah rumah. 2 ki tidak mementingkan; tidak mengutamakan; tidak mengendahkan: Mereka membincangkan perkara yg mus­tahak saja dan ~ perkara yg tidak penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
setiap paket yang masuk ke dalam atau keluar dari suatu rangkaian dan mencari data tertentu. Contohnya, perisian yang menghalang paket dengan melihat alamat IP atau tandatangan virus pada paket tetapi mengetepikan keadaan sesi sambungannya. tatacara jabat tangan (Ig. handshaking procedure; Br. prosedur jabat tangan; Id. prosedur jabat) Sesi dialog permulaan antara dua entiti yang ingin berhubung antara satu sama lain. Dalam

Kembali ke atas