Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.la.ngi] | مڠولڠي

Definisi : 1. = mengulang-ulang, meng­­­ulang-ulangi selalu benar melakukan (sesua­tu), kerap kali mengulang: dia ~ pertanya­an­nya yg masih belum berjawab; 2. = meng­ulang-ulangi selalu pergi ke (utk menengok, men­ziarah, dll), kerap kali mendatangi: sejak dia menanam tebu, pegawai-pegawai per­ta­nian selalu ~ ladang-nya; 3. mempelajari kem­bali (apa-apa yg telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran): setelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.la.ngi] | مڠولڠي

Definisi : 1 melakukan sesuatu berulang kali; selalu sangat melakukan sesuatu: Ia ~ pertanyaan itu sehingga mendapat jawapannya. 2 kerap kali pergi menziarahi (menemui, menengok dll): Tuan Pengurus itu selalu ~ ladangnya. 3 menghafaz atau membaca semula apa-apa yg telah dipelajari banyak kali: Ahmad ~ pelajaran sekolahnya sebelum peperiksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengulangi

Peribahasa

Seperti anjing mengulangi bangkai.

Bermaksud :

Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai biawak mengulangi bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam serangan smurf serangan ulangan sesi penggodaman sifer alir Kamus

Kembali ke atas