Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka ber­terang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. mem­beri keterangan (penjelasan), menerang­kan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjuk­kan oleh besi itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1 memperlihatkan se­­­suatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emak­nya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak mem­baca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Terdapat empat paras keselamatan, iaitu A, B, C dan D. Pecahan A mempunyai darjah keselamatan tertinggi. Setiap kelas dipecahkan kepada beberapa kelas tambahan dengan menggunakan nombor. Nombor yang lebih tinggi menunjukkan pencapaian keperluan keselamatan yang lebih ketat. Set kelas yang lengkap daripada yang terendah hingga tertinggi adalah D, C1, C2, B1, B2, B3, dan A1. kumpulan tindak balas kecemasan komputer (CERT domain (Ig. domain name; Br. nama domain; Id. nama ranah) Nama domain, menggambarkan kedudukan atau lokasi sesebuah organisasi atau entiti lain dalam Internet. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my menunjukkan alamat Internet bagi “dbp.gov.my” pada titik Internet 202.184.84.2 dan pelayan hos yang bernama “www”. Bahagian “dbp”, “gov”, dan “my” pula merupakan aras nama domain. negatif

Kembali ke atas