Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 meme­gang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jikalau gopoh main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
ancaman (Ig. threat agent; Br. agen ancaman; Id. agen ancaman) Kaedah yang digunakan untuk mengeksploitasikan kegoyahan yang wujud dalam suatu sistem maklumat, mengganggu kelancaran pengendaliannya atau merosakkan integriti prasarana yang menyimpan sistem maklumat berkenaan. Contohnya, virus manusia atau bencana alam. agihan terpercaya (Ig. trusted distribution; Br. agihan dipercaya; Id. distribusi terpercaya) Kaedah untuk mengagihkan perkakasan, perisian, media dan data yang terlibat 39 6/6/11 4:01:38 PM 40 harga tebus semula hibah indeks risiko integriti rujukan I IDS berasaskan pengetahuan (Ig. knowledge based IDS) Perisian yang melakukan pengesanan dengan menyimpan senarai petua atau pangkalan pengetahuan yang diisi dengan maklumat jujukan arahan yang mungkin boleh menyebabkan pencerobohan. Sekiranya pengguna menjalankan siri arahan yang seakan-akan sama dengan petua yang tersimpan, maka

Kembali ke atas