Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[niat] | نية

Definisi : 1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, meng­harapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, me­maksud­kan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (se­telah sampai hajat dll), mengaulkan, me­nazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon se­suatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, ter­maksud: Nahidah tidak ~ hendak meng­khabarkannya; niatan niat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[niat] | نية

Definisi : 1 maksud atau tujuan melakukan sesuatu; hajat; kehendak: Wahai tuanku yg bangsawan, patik tahu akan ~ tuanku memanggil patik pulang. 2 janji utk berbuat sesuatu jika tercapai hajat; kaul; nazar. berniat 1 bermaksud; bertujuan: Aku pun tidak ~ hendak pulang ke rumahmu lagi. 2 berjanji akan berbuat sesuatu jika tercapai hajat; bernazar; berkaul: Dia ~ akan berpuasa seminggu jika ia lulus dlm peperiksaan itu. meniatkan 1 menyimpan sesuatu sbg niat (di hati); memaksudkan. 2 menjadikan sesuatu sbg niat; menjan­jikan sesuatu (utk melakukan sesuatu setelah tercapai hajat dll); menazarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niat (kata nama)
1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak, cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,

2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,

Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat,

Puisi
 

Naik bukit pergi Asahan,
     Bayar niat mudah-mudahan;
Sungguhpun songket kain pilihan,
     Tapi tak boleh buat basahan.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing temenung,
     sudah terpancing ikan setoka.

Bermaksud :

Lain yang dihajati, lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mungkin berlaku sesama komponen sistem atau antara persekitaran luaran dengan sistem, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. analisis ancaman (Ig. threat analysis; Br. analisis ancaman; Id. analisis ancaman) Kajian terhadap niat dan kebolehan sesuatu agen ancaman untuk mengancam suatu sistem komputer atau sistem maklumat yang ingin dilindungi. Kajian ini juga menilai tahap kemungkinan agen ancaman akan melanggar dasar keselamatan atau mengelak Ig. security integrity; Br. integriti keselamatan; Id. integritas sekuritas) Jaminan bahawa dasar dan mekanisma keselamatan yang digunakan tidak boleh dielakkan atau digagalkan oleh sebarang individu atau proses, sama ada menerusi niat hasad atau sebaliknya. integriti rujukan (Ig. referential integrity; Br. integriti berkaitan; Id. integritas referensial) Keadaan yang tercapai apabila maklumat daripada suatu sumber dirujuk dengan sumber lain dan maklumat tersebut adalah

Kembali ke atas