Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ru.han.ja.ya] | سوروهنجاي

Definisi : badan yg terdiri drpd beberapa orang (yg dilantik oleh kerajaan dll) utk melakukan tugas tertentu; ~ bebas badan yg ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yg dianggotai oleh orang yg bukan pegawai kerajaan; S~ Diraja badan yg ditubuhkan dgn perkenan Yang di-Pertuan Agong utk menyiasat sesuatu perkara, peristiwa dsb secara bebas tanpa pengaruh pihak atasan; S~ Perkhidmatan Awam badan yg bertanggungjawab dlm urusan pengambilan, kenaikan pangkat dsb utk kakitangan kerajaan; S~ Perkhidmatan Pendidikan badan yg ber­tanggungjawab dlm urusan pengambilan, kenaikan pangkat dsb utk pegawai pendidikan; S~ Pilihan Raya badan yg mentadbirkan pilihan raya; S~ Sekuriti (Eko) badan ber­kanun yg mengawasi pertumbuhan dan perjalanan pasaran modal di Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ru.han.ja.ya] | سوروهنجاي

Definisi : badan yg terdiri drpd beberapa orang yg dilantik oleh kerajaan dll utk melakukan tugas-tugas tertentu: ~ Perkhidmatan Awam. ~ Bebas suruhanjaya yg ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yg dianggotai oleh orang yg bukan pegawai kerajaan. ~ Diraja suruhanjaya yg ditubuhkan dgn perkenan Yang di-Pertuan Agong utk menyiasat sesuatu perkara, per­istiwa dsb secara bebas tanpa pengaruh pihak atasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suruhanjaya


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
penghujung tahun 1970-an oleh Pusat Keselamatan Sistem Komputer Kebangsaan (NCSC) dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Buku Putih (Ig. White Book; Br. Buku Putih; Id. Buku Putih) Buku panduan terbitan Suruhanjaya Komuniti Eropah berkenaan kriteria Penilaian Keselamatan Teknologi Maklumat (ITSEC). Kriteria penilaian ini merupakan piawaian yang menghuraikan tahap jaminan keselamatan sistem maklumat. Sijil pencapaian berperingkat diberikan kepada sistem Kamus Teknologi Maklumat

Kembali ke atas