Kamus Teknologi Maklumat ct.indd daripada komputer A. pengecaman cap jari (Ig. fingerprint recognition; Br. pengecaman cetak jari; Id. pengenalan sidik jari) Kaedah biometri yang memetakan bentuk lengkuk, gelungan, lingkaran, percambahan dan percantuman pada permukaan tapak jari. Kaedah ini memetakan corak cap jari kepada pewakilan digital yang boleh digunakan oleh alat pengecam cap jari. pengecapan jari (Ig. fingerprinting) Kaedah mengenal pasti sesuatu objek, sama ada fail pengetahuan pengguna. pengimbas cap jari (Ig. fingerprint scanner; Br. pengimbas cetak jari; Id. pemindai sidik jari) Peranti pengimbas biometri yang mengesan bentuk lengkuk, gelungan, lingkaran, percambahan dan percantuman pada permukaan tapak jari dan memetakan corak yang diperoleh kepada perwakilan digital. Corak ini kemudiannya dibandingkan dengan corak dalam simpanan untuk membenarkan penyahihan pengguna. pengimbas port (Ig. port scanner; Br. pengimbas port; Id
|