Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.li.sis] | اناليسيس

Definisi : penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam: ~ natrium klorida; menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yg lama, penelitian dan ~ yg tajam dlm semua segi; ~ kos faedah (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; ~ kualitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dll; ~ kuantitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg dike­tahui terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan; ~ nisbah (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg diperoleh drpd maklumat kewangan organi­sasi tersebut; ~ penyata kewangan (Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata pendapatan, dll; ~ pulang modal (Eko) penilaian banyak­nya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran utk menentukan untung rugi keluaran tersebut; ~ sistem (Komp) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentu­kan cara utk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan; ~ volumetri (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu; menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll): darah harus di­ambil drpd kedua-dua ibu bapa utk diana­lisis; bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data; penganalisisan perbuatan (proses) meng­analisis: pengumpulan dan ~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah; penganalisis orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.li.sis] | اناليسيس

Definisi : 1 penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dll); kajian. 2 pemisahan bahagian sesuatu sebatian atau bahan dgn kaedah kimia. ~ kualitatif ist analisis utk mengenal pasti sama ada sesuatu unsur atau sebatian dlm keadaan tulen atau campuran, melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ kuantitatif ist analisis utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ sistem ist penelitian terhadap peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tsb serta menentukan cara utk menyelesaikan masalah, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan. menganalisis 1 menghuraikan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya dll; mengkaji. 2 menceraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya dgn kaedah kimia. penganalisisan hal atau perbuatan menganalisis. penganalisis orang yg menganalisis sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analisis


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdPT). Kesan gaya pembelajaran terhadap prestasi diukur sebelum rawatan dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat kesan kepelbagaian gaya pembelajaran terhadap prestasi pelajar sebelum rawatan. Selepas rawatan hasil kajian melalui analisis ANOVA dua-hala menunjukkan bahawa tidak ada signifikan bagi interaksi gaya pembelajaran dan rawatan. Seterusnya, perkaitan di antara empat fasa pembelajaran dalam strategi KPK diuji bagi melihat sama ada terdapat pembangunan kemahiran menggunakan idea dan maklumat, pembangunan kemahiran mencari idea dan bukti, pembangunan kemahiran menjana idea dan bukti, pembangunan peribadi pelajar dan pembangunan kemahiran untuk merancang dan mengurus pembelajaran kendiri. Analisis yang dilakukan oleh Bourner mendapati kaedah pengajaran tradisional yang berbentuk kuliah dan penyelesaian masalah berstruktur hanya berkesan untuk matlamat pertama iaitu penyampaian pengetahuan kandungan. Bagi melahirkan pelajar yang kompeten pula http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=19&hits=d5+354+990+a3b+adf+af7+b7f+b85+bd7+d8d+dcb+e47+e56+e67+f03+f28+f9e+10ab+11ca+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminberbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal. Pelajar perempuan juga didapati mempunyai ciri-ciri positif yang menyumbang kepada pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Analisis tentang pendekatan dari segi pedagogi dan sosio-budaya yang sesuai untuk kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan juga dibincangkan. ABSTRACT This article addresses gender differences in academic performance within the tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk mengumpul data mengenai profil pelajar dan guru serta persepsi mereka terhadap faktor-faktor yang dijangkakan mempunyai pengaruh ke atas prestasi pelajar. Di samping itu analisis dokumen dijalankan bagi mengumpul data yang berkaitan dengan objektif kajian. SAMPEL Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata dengan mengambil kira aspek zon (utara, tengah, timor dan selatan), lokasi http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=14&hits=d6+40d+543+566+5a1+5bd+86d+911+92f+abc+d6a+f57+1075+11ab+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmddigunakan dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis ketika belajar bahasa Melayu di di luar kelas. Data temu bual dianalisis untuk mencari tema dan diberi kod. Data dianalisis menggunakan kaedah Analisis Indeks Cohen Kappa. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran bahasa ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas. Dari segi jenis pelajar, pelajar cemerlang didapati menggunakan pelbagai secara manual bagi memberi gambaran yang lebih seragam dan mudah difahami. Bagi menentukan sama ada tema strategi pembelajaran bahasa yang dikumpulkan itu boleh dipercayai ataupun tidak, setiap tema dianalisis menggunakan analisis Cohen Kappa. Setelah dikira nilai persetujuan oleh pakar, pengkaji telah memperoleh nilai pekali Cohen Kappa pada tahap 0.80, iaitu pada tahap skala sangat baik bagi tema SPB untuk peserta http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=4&hits=95+545+1803+1872+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdfJpendidikan30[10].pmdtinggi dan boleh digunakan dalam kajian sebenar. DAPATAN KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN KOMPUTER Min dan sisihan telah digunakan untuk menghuraikan tahap kecenderungan gaya pembelajaran di kalangan responden semasa pembelajaran komputer. Hasil analisis data adalah seperti dalam Jadual 1. Berdasarkan Jadual 1, nilai min skor bagi semua tahap kecenderungan gaya pembelajaran berada di tahap sederhana tinggi ( 3.00 >X ). Ini menunjukkan bahawa responden Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Jadual 3 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua tahap kecenderungan gaya pembelajaran di kalangan guru pelatih KPLI berdasarkan opsyen. PERBINCANGAN Secara umum hasil analisis kajian mendapati guru-guru pelatih KPLI maktab- maktab perguruan di Lembah Klang cenderung kepada semua tahap gaya pembelajaran yang dikaji ( 3.000 >X ). Terdapat tahap kecenderungan gaya pembelajaran yang sangat http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=541+7ba+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmddalam ukuran tahap literasi komputer pelajar. METODOLOGI KAJIAN Penyelidikan ini melibatkan 698 pelajar sekolah menengah atas dari 12 buah sekolah menengah yang terpilih mewakili 7 daerah di negeri Kedah. Unit analisis terdiri daripada para pelajar Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Rendah aliran Sains, Sastera, dan Teknik dan Vokasional. Kaedah persampelan rawak nisbah berstrata telah digunakan bagi memastikan para pelajar 3.00. Oleh kerana min bagi hampir kesemua item kemahiran lebih daripada 3.00, maka dapat dikatakan bahawa pada umumnya tahap kemahiran responden bagi semua item kemahiran adalah mahir. Dapatan analisis skor min setiap responden bagi setiap item kemahiran menunjukkan skor terendah ialah 15 (dengan 7 kekerapan) dan skor tertinggi ialah 75 (dengan 5 kekerapan). Dengan menjadikan 45 (15 × 3) sebagai http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=3&hits=429+837+967+
ttp://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_2.pdfJpendidikan30[03].pmdRendah (PMR) di sebuah sekolah di negeri Selangor telah diuji pemprosesan kognitif mereka dengan menggunakan instrumen Sistem Penilaian Kognitif ( SPK). SPK menilai pemprosesan kognitif: Perhatian, Serentak, Berturutan, dan Perancangan. Hasil analisis penskalaan multi dimensi ke atas data memberikan dua jenis prototaip pemprosesan kognitif pelajar PCA. Pelajar PCA yang mempamerkan proses Perhatian yang tinggi, turut mempamerkan proses Berturutan yang tinggi jika dibandingkan ttp://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_2.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=68+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_3.pdfJpendidikan30[03].pmdRendah (PMR) di sebuah sekolah di negeri Selangor telah diuji pemprosesan kognitif mereka dengan menggunakan instrumen Sistem Penilaian Kognitif ( SPK). SPK menilai pemprosesan kognitif: Perhatian, Serentak, Berturutan, dan Perancangan. Hasil analisis penskalaan multi dimensi ke atas data memberikan dua jenis prototaip pemprosesan kognitif pelajar PCA. Pelajar PCA yang mempamerkan proses Perhatian yang tinggi, turut mempamerkan proses Berturutan yang tinggi jika dibandingkan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_3.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=68+

Kembali ke atas