Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmduntuk mengukur tahap literasi komputer pelajar – pelajar sekolah menengah atas Negeri Kedah. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara sikap dengan kemahiran menggunakan komputer dalam ukuran tahap literasi komputer pelajar. Data kajian menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 66.67%. Hasil kajian turut mendapati bahawa terdapat hubungan bererti di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Namun, tidak terdapat hubungan bererti di antara sikap dengan kemahiran dalam ukuran literasi komputer pelajar. Dapatan kajian turut menyarankan agar setiap sekolah mengadakan lebih banyak http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=21&hits=59+fe+3e7+3f8+a30+a48+a5f+a71+a8c+ac2+acf+ae7+af8+b08+b36+c0f+c25+c2f+c44+c58+c68+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmdrakan, menggunakan pelbagai alat bantuan ketika bertutur, memberi tumpuan ketika bertutur dan sebagainya. Dengan menggunakan teknik- teknik bertutur ini, ia membantu PCL bertutur dengan yakin terutamanya ketika bertutur dengan ibu bapa di rumah ataupun dengan rakan-rakan di luar rumah. Bagi PLL, mereka menggunakan beberapa teknik bagi meningkatkan aspek pertuturannya seperti bertutur menggunakan bahasa formal, banyak merujuk kamus dan membaca pelbagai strategi GTTTs seperti berikut: • Saya ada menggunakan teknik-teknik dalam meningkat KTS saya seperti…DLK pula saya akan mendengar apa yang diucapkan dan menulis nota apa yang diucapkan oleh ibu bapa saya dan rakan-rakan saya. ( PCL-2, DLK-KTs: 74-77) • DLK saya ambil novel dan faham dan saya cuba buat soalan. (PLL-2, DLK-KTs: 40-41) Selain SPB http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=9&hits=8fe+b9d+cc8+ccc+cfa+d04+dba+10b4+110d+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminsemangat dan peluang untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Keadaan ini turut dilaporkan oleh Eisenberg, Martin & Fabes (1996). Dapatan ini juga selaras dengan dapatan kajian Hutson (1983) yang menyimpulkan bahawa ibu bapa memberi layanan yang berbeza ke atas anak lelaki dan perempuan. 3. Faktor guru Dapatan dan perbincangan bagi setiap komponen-komponen yang dikaji dalam faktor guru dibincangkan secara berasingan seperti berikut terdedah kepada pengaruh-pengaruh negatif serta budaya yang kurang sihat. Jelaslah bahawa keluarga perlu memainkan peranan dalam mengawal aktiviti pelajar lelaki agar kebebasan yang diberikan adalah kebebasan yang terkawal. Ibu bapa perlu didedahkan kepada perubahan tentang nilai dan masalah sosial hari ini. Ibu bapa juga perlu membuat anjakan paradigma berhubung dengan cara mengasuh anak-anak agar lebih sesuai dengan kehendak semasa http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=4&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=4&hits=ef4+1407+1414+1443+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdsamping itu juga menurut guru-guru agama beberapa pihak yang lain juga semestinya memainkan peranan mereka dan ikut serta untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran agama Islam. Pihak-pihak tersebut ialah ibu bapa dan keluarga pelajar sendiri, Kementerian Hal Ehwal Agama melalui Jabatan Haji, Jabatan Syariah, Baitul Mal dan Pusat dakwah Islamiah, Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Radio dan Televisyen Brunei http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=68a+

Kembali ke atas