Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.bas] | بيبس

Definisi : (bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.bas] | بيبس

Definisi : /bébas/ 1 tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu: Tiap-tiap murid ~ memberikan pendapatnya. 2 tidak dikenakan apa-apa hukuman dsb; lepas drpd sebarang tuduhan dsb: Sekarang saya berasa gembira sekali kerana ~ drpd perasaan takut dan curiga. 3 tidak diperintah oleh negara-negara lain; merdeka: Bermula dr 31 Ogos 1957, negara kita ~ drpd penjajahan Inggeris. ~ tol a. (bkn talian atau panggilan telefon) tidak dikenakan bayaran: talian ~ tol. b. (bkn jalan raya, jambatan dsb) tidak dikenakan bayaran jika menggunakannya: Mereka menggunakan laluan ~ tol utk pulang ke kampung. membebaskan 1 membiarkan bergerak dan melakukan sesuatu dgn bebas: Tepat pd pukul empat petang, ia ~ anak-anaknya keluar bermain-main. 2 melepaskan seseorang drpd sebarang hukuman dsb: Tuan Hakim telah ~ Ali drpd tuduhan mencuri. 3 memberikan kemerdekaan; memerdekakan: Kita mesti bekerja keras dan sanggup berdikari utk ~ negara kita drpd cengkaman penjajah. kebebasan keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. terbebas dpt bebas atau dibebaskan; dlm keadaan bebas: Kebanyakan haba ~ dr badan ke alam sekitar melalui proses sinaran. pembebasan hal, cara, perbuatan membebaskan. pembebas 1 orang yg membebaskan. 2 alat yg digunakan utk membebaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebas

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi terkurung siang.

Bermaksud :

Sangat gelisah kerana tidak bebas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
ttp://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_2.pdfJpendidikan30[10].pmdmodel gaya pembelajaran yang memberi fokus kepada dimensi sosial pelajar. Grasha dan Reichmann (1974) menggunakan alat Grasha-Reichmann Student Learning Style Scales ( GRSLSS,) telah memperkenalkan enam gaya pembelajaran social, iaitu bebas, mengelak, bekerjasama, bergantung, bersaing dan keterlibatan. Reid (1987) menjalankan kajian terhadap pembelajaran mata pelajaran ESL (English as a Second Language) telah memperkenalkan model kecenderungan gaya pembelajaran dengan enam aspek gaya semasa pembelajaran komputer. Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kecenderungan gaya pembelajaran yang menjadi pilihan guru pelatih KPLI semasa pembelajaran komputer. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh pemboleh ubah bebas jantina dan opsyen terhadap keenam-enam kecenderungan gaya pembelajaran tersebut. 154 Jurnal Pendidikan 30 Persoalan kajian adalah seperti berikut: Apakah tahap aspek-aspek kecenderungan gaya pembelajaran guru pelatih KPLI semasa ttp://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_2.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=4&hits=36c+431+913+94a+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdfJpendidikan30[10].pmdmodel gaya pembelajaran yang memberi fokus kepada dimensi sosial pelajar. Grasha dan Reichmann (1974) menggunakan alat Grasha-Reichmann Student Learning Style Scales ( GRSLSS,) telah memperkenalkan enam gaya pembelajaran social, iaitu bebas, mengelak, bekerjasama, bergantung, bersaing dan keterlibatan. Reid (1987) menjalankan kajian terhadap pembelajaran mata pelajaran ESL (English as a Second Language) telah memperkenalkan model kecenderungan gaya pembelajaran dengan enam aspek gaya semasa pembelajaran komputer. Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kecenderungan gaya pembelajaran yang menjadi pilihan guru pelatih KPLI semasa pembelajaran komputer. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh pemboleh ubah bebas jantina dan opsyen terhadap keenam-enam kecenderungan gaya pembelajaran tersebut. 154 Jurnal Pendidikan 30 Persoalan kajian adalah seperti berikut: Apakah tahap aspek-aspek kecenderungan gaya pembelajaran guru pelatih KPLI semasa http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=4&hits=36c+431+913+94a+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmdMin Bilangan (Orang) Peratus Tahap 15 hingga 45 180 25.78 Tidak mahir 46 hingga 75 518 74.21 Mahir TAHAP LITERASI KOMPUTER SECARA KESELURUHAN Jadual 6 menunjukkan skor pembolehubah bebas kajian diterangkan berdasarkan statistik deskriptif yang berkaitan dengan julat, min dan sisihan piawai. Skor tersebut memberi gambaran reaksi responden terhadap komponen literasi komputer. Dimensi sikap mencatatkan julat skor daripada 47 http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=8a3+

Kembali ke atas