Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (béri) 1. sj tumbuhan (herba dan buah), Fragaria spp.; 2. sj buah yg menyerupai buah Fragaria spp. (spt tomato, limau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita; 2. bp tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan: saya tidak diberinya masuk; 3. mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan: ~ malu; ~ bercat; 4. menunjukkan, membuka: ~ jalan; 5. = ~ bahagian bp memukul: awas kau, nanti aku beri; 6. kenyal, menganjal: tanah liat yg lembut, ~ dan menganjal; ~ bertenggang memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; ~ hati a) memanjakan; b) memberanikan hati; ~ hormat (salam, selamat) mengucapkan hormat (salam, selamat); ~ izin mengizinkan; ~ muka memanjakan; ~ telinga sudi mendengar(kan); ~ barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya; memberikan 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; pemberian 1. = berian sesuatu (benda dll) yg diberikan: ia menolak ~ majikannya; 2. perihal memberikan: ~ hadiah; ~ ampun; ~ bantuan sumbangan kerajaan utk menutup (mencukupi) sebahagian drpd perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dll); ~ percuma pemberian dgn tidak meminta bayaran; pemberi 1. orang yg memberi; ~ sewa orang yg pendapatannya terdiri drpd hasil sewa tanah (rumah dll); 2. suka memberi, murah hati; 3. sl pemberian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memberi 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. memberikan menyerahkan sesuatu kpd: Saya ~ buku itu kpd adik saya. pemberian 1 apa-apa yg diberikan: Ia enggan menerima ~ orang tuanya itu. 2 perbuatan memberikan; penyampaian: Majlis ~ hadiah itu telah dilakukan pd sebelah petang. pemberi orang yg memberikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; memberi mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beri

Puisi
 

Pada beri baik jangan,
     Budak bodoh buat teman;
Kalau takut luka di tangan,
     Tak boleh petik bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(26)

Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmdbahan bacaan / / / / 29. BBTB Baca buku tinggi bahasanya / 30. MKDB Minta keluarga dengar bacaan / / 31. IBK Ikut budaya keluarga / 32. STBB Sebelum tidur baca buku / 33. BPGB Baca petikan guru beri / 34. GTTB Guna teknik tingkatkan pembacaan / / 35. BDL Baca dengan lancar / 36. BTR Banyak tanya rakan / / 37. PBR Pinjam buku rakan / 38. PMTB Peruntuk masa tingkat pembacaan / / 39. GABB Guna 14. GTTT Guna teknik tingkatkan pertuturan / / 15. BTK Banyak tanya keluarga / / / 16. TGBF Tutur guna bahasa formal / 17. TDK Tutur dengan keluarga / / / / 18. TDG Tutur dengan guru / 19. BBPB Berani beri pendapat bernas / 20. MRUS Minta rakan ulang semula / 21. BTDK Banyak bertutur depan kelas / 22. BPBB Baca pelbagai bahan bacaan / / / / 23. TGBS Bertutur guna bahasa sopan / 24. GTTB Guna teknik http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=3&hits=7da+f80+1082+

Kembali ke atas