Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.lam] | دالم

Definisi : 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauh­nya) ke tengah dr tepi atau pinggir se­suatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ mak­na­nya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasuk­kan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg ber­kaitan dgn atau terbatas pd ling­kungan se­suatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ ke­luarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian seleng­kapnya: baju ~; seluar ~; ~ ber­selam, dang­kal (cetek) berjingkat (ber­timba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalam­nya (sebagaimana yg dinyatakan): di­galinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (me­rebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan ter­perinci dgn mempelajari (mengkaji, menye­lidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadi­kan lebih sempurna atau terperinci (penge­tahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = mem­per­dalam ki menjadikan lebih dalam (pela­jaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan pro­fesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran pro­fesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg di­andaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpe­ngaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindak­an (proses dll) mendalamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lam] | دالم

Definisi : sl istana, kawasan istana raja; bahasa ~ bahasa yg digunakan di kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); budak ~ pesuruh raja; kedalaman sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; bahasa ~ bahasa kehormatan utk raja-raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1 bahagian atau ruang di balik bahagian yg di luar: Rumah itu ~nya sangat bersih. 2 kedudukan sesuatu tempat yg terpisah oleh jarak tertentu dr tepi; tengah: Semakin ke ~ dia pergi, semakin banyak dia menemukan rotan yg baik-baik. 3 batin: Orang itu kelihatan baik, tetapi ~nya siapa yg tahu. ~ talian ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. ~ tangan sudah tentu dpt. dalaman 1 isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu pihak, organisasi itu sendiri: urusan ~. pedalaman daerah yg jauh (di darat) dr pantai atau dr bandar: Padi huma banyak ditanam di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1 mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. 2 selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3 di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4 mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1 jauh ke bawah dr permukaan: Perigi itu sangat ~. Lukanya agak ~. 2 ki penuh atau berisi (ttg ilmu): Beruntunglah orang yg berguru dgn seseorang yg ~ ilmunya. 3 ki hingga ke lubuk hati (ttg cinta, penderitaan dll): Kasih ibu terhadap anaknya sangat ~. 4 tidak mudah difahami: Yg diperkatakannya itu mempunyai erti yg ~. mendalam 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. mendalami berusaha supaya mengetahui (memahami, mengerti) dgn teliti atau dalam: Beliau ingin ~ bidang pertanian. Dia mencuba ~ hati kawannya itu. mendalamkan 1 menjadikan dalam: Kuli itu sedang ~ parit di tepi jalan. 2 meluaskan atau mengkaji dgn teliti ttg sesuatu ilmu: Dia pergi ke London utk ~ pengetahuannya dlm bidang perubatan. memperdalam 1 menjadikan lebih dalam: Orang-orang kampung bergotong-royong ~ telaga itu. 2 berusaha supaya mengetahui (memahami) dgn lebih teliti: Dia ~ ilmu yg dipelajarinya itu. kedalaman keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. pendalaman perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(394)

33

Death before dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmd113 Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb Jurnal Pendidikan 30 (2005) 113 - 128 Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb dalam Pendidikan Perakaunan ROHAILA YUSOF NORASMAH OTHMAN FARIDAH KARIM ABSTRAK Gaya pembelajaran bermaksud kecenderungan individu dalam cara menerima dan memproses maklumat yang merupakan satu faktor perbezaan individu. Gaya pembelajaran adalah indikator yang stabil tentang bagaimana pelajar melihat, berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran. Umumnya, setiap http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=83&hits=14+23+62+66+71+eb+1f4+201+23a+267+26e+282+322+42f+44f+4a8+4c0+4d3+4e9+589+59d+5a5+5ba+5dd+5e8+5f5+5fd+62f+659+683+6bf+6cd+70b+73b+742+7d9+845+86c+877+8bb+8e7+8f3+8ff+935+954+968+9a6+9ab+9ae+9b7+9ed+a08+a72+a93+ad2+b05+b50+b92+bb1+bc4+bf2+c76+ca0+cd2+cdf+cf5+d02+d0b+da7+e3a+e62+ed3+eea+f86+fdd+1043+1092+1129+1179+11c8+11d6+11ef+11fe+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Admin30 (2005) 93 - 111 Prestasi Akademik Mengikut Gender ZALIZAN MOHD JELAS SAEMAH RAHMAN ROSELAN BAKI JAMIL AHMAD ABSTRAK Artikel ini membincangkan perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian eksploratori menggunakan data sekunder berasaskan keputusan peperiksaan awam bagi tempoh lima tahun (1996-2000). Selain itu soal selidik digunakan keatas sampel 3 lelaki dan perempuan, dan interpretasi serta implementasi kurikulum. Keputusan peperiksaan awam (UPSR , PMR dan SPM ) pada tahun 1996-2000 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran. Perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan diteliti dari segi faktor-faktor yang dijangkakan mempengaruhi perbezaan tersebut. Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=71&hits=26+8a+a7+1c9+1d5+1ef+1fe+224+247+24e+2a3+2f3+301+392+3be+3d4+3db+4a9+4e6+55c+574+5b8+5c3+5e5+5ea+604+74d+779+811+873+881+959+a17+ab2+ac3+ac8+b1b+b73+b8d+b9f+ba5+bb4+be8+bfc+c06+c92+cb6+cfe+d50+d78+df3+e48+e61+e9a+eb5+f0b+f3c+f5e+105a+107d+1126+1137+11b2+123f+12de+12f0+1311+13f9+1447+150d+1537+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmdpelajar Tingkatan 4 dijadikan peserta kajian, iaitu empat orang pelajar cemerlang dan empat orang pelajar lemah yang mewakili kedua-dua jantina. Peserta kajian ditanya tentang strategi belajar bahasa yang digunakan dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis ketika belajar bahasa Melayu di di luar kelas. Data temu bual dianalisis untuk mencari tema dan diberi kod. Data dianalisis menggunakan kaedah Analisis Indeks menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran bahasa berbanding pelajar lemah seperti pola penghayatan agama, aktiviti bahasa dan teknologi maklumat ketika di luar kelas. Pelajar lelaki lebih banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa dalam kemahiran mendengar, bertutur dan menulis berbanding pelajar perempuan dalam kemahiran membaca ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas. ABSTRACT This article describes findings of a descriptive case study designed to http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=84&hits=78+d0+d9+1bf+1d2+1eb+206+233+242+24c+261+274+27e+31d+32f+350+38e+3c1+3da+3e4+3fd+43a+46e+47d+49c+509+620+644+69b+6e0+97d+997+9b9+9cb+a9a+aa2+aeb+b88+c0e+d2e+d4e+dfc+e0e+e35+eda+117b+118b+11b0+11db+1269+128f+12ea+13da+13e4+1455+14ec+1587+15de+1602+161f+162e+16a9+16bb+16e0+170b+1725+1745+1786+179e+1828+188c+18da+193b+19a3+19d2+19e6+1a16+1a2e+1a85+1a94+1abf+1adc+1ea4+1ebc+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdkajian ini adalah untuk mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang paling popular dan selalu digunakan oleh guru-guru agama dan juga untuk mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan di dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam ( PAI). Seramai 26 orang guru agama dan 148 orang pelajar telah terlibat di dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik untuk guru dan pelajar, temu duga untuk guru-guru dan pencerapan di dalam bilik darjah. Kajian ini mendapati beberapa kaedah pengajaran http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=49&hits=4f+61+77+86+9f+ce+e3+2a8+2ea+374+3c0+47e+496+4f4+4fb+510+516+51a+52d+561+633+6c4+725+7a9+86d+8b3+92a+931+936+93b+990+9c4+9e2+9fa+9fe+a09+a35+a3e+a5c+a71+ab2+adb+adf+aeb+b0d+b20+b2d+b4f+b86+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmdJurnal Pendidikan 30 (2005) 129 - 139 Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah NORMALA ISMAIL ZALIHA HJ. HUSSIN MOHAMAD KAMIL ARIFF KHALID ABSTRAK Celik komputer telah menjadi agenda penting dalam kehidupan seharian zaman sekarang. Ia menjadi salah satu unsur pemangkin kepada kemajuan negara. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengukur tahap literasi komputer pelajar – pelajar sekolah menengah atas Negeri Kedah tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara sikap dengan kemahiran menggunakan komputer dalam ukuran tahap literasi komputer pelajar. Data dalam kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 698 orang pelajar Tingkatan Empat, Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam Rendah dari duabelas http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=33&hits=28+71+78+10e+251+290+335+3aa+40b+49e+4e7+55a+5b3+60f+677+7ab+862+86c+919+926+96f+990+9c9+9f9+9fd+a27+a83+abb+b19+b6c+c61+cec+d73+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdfJpendidikan30[10].pmd30 (2005) 151 - 159 Gaya Pembelajaran Komputer Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Maktab Perguruan NORAZAH MOHD. NORDIN SHAARI OSMAN ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kecenderungan gaya pembelajaran dalam proses pembelajaran komputer di kalangan guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah ( KPLI), maktab-maktab perguruan di Lembah Klang dengan menggunakan kaedah tinjauan. Tumpuan kajian ialah terhadap enam kecenderungan gaya pembelajaran visual, tactile, dan individu adalah sederhana. Terdapat juga hubungan yang signifikan antara tahap gaya pembelajaran berkumpulan dengan jantina. Lain-lain gaya pembelajaran tidak menunjukkan perbezaan disebabkan faktor jantina dan opsyen dalam proses pembelajaran komputer. ABSTRACT The purpose of this study was to determine the level of the preferred learning styles in the process of learning the applications of computer among post http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=29&hits=2b+b6+183+20e+21f+22e+267+2e7+38e+3ff+4e5+4f5+51d+527+545+616+61b+62b+6a6+6bd+6d4+6eb+702+719+7a9+832+891+91e+96f+
ttp://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_2.pdfJpendidikan30[03].pmdProfil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik di Sekolah Menengah ROSADAH ABD MAJID NORIAH MOHD ISHAK ZALIZAN MOHD JELAS ABSTRAK Pelajar-pelajar pintar cerdas akademik adalah pelajar yang menunjukkan bakat dalam akademik pada satu-satu tahap tertentu. Seramai 33 orang pelajar pintar cerdas akademik ( PCA) yang telah mendapat gred A untuk semua mata pelajaran pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR type of mechanism utilized Planning and Simultaneous processing when their Attention and Successive cognitive processing were low. PENGENALAN Pintar cerdas akademik ( PCA) adalah takrifan yang diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada tahap-tahap tertentu (Piirto 1999). Sekiranya Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) di ambil sebagai ukuran pencapaian akademik pada akhir tahun enam persekolahan di sekolah rendah, keputusan UPSR boleh ttp://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_2.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=17&hits=2d+1b9+1ee+211+213+23c+24e+340+365+369+3ae+3b5+3ba+3c4+3ca+3cf+3e0+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_3.pdfJpendidikan30[03].pmdProfil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik di Sekolah Menengah ROSADAH ABD MAJID NORIAH MOHD ISHAK ZALIZAN MOHD JELAS ABSTRAK Pelajar-pelajar pintar cerdas akademik adalah pelajar yang menunjukkan bakat dalam akademik pada satu-satu tahap tertentu. Seramai 33 orang pelajar pintar cerdas akademik ( PCA) yang telah mendapat gred A untuk semua mata pelajaran pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR type of mechanism utilized Planning and Simultaneous processing when their Attention and Successive cognitive processing were low. PENGENALAN Pintar cerdas akademik ( PCA) adalah takrifan yang diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada tahap-tahap tertentu (Piirto 1999). Sekiranya Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) di ambil sebagai ukuran pencapaian akademik pada akhir tahun enam persekolahan di sekolah rendah, keputusan UPSR boleh http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_3.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=17&hits=2d+1b9+1ee+211+213+23c+24e+340+365+369+3ae+3b5+3ba+3c4+3ca+3cf+3e0+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_5.pdfJpendidikan30[05].pmd75 Gender Differences in Computer Attitudes and Skills Jurnal Pendidikan 30 (2005) 75 - 91 Gender Differences in Computer Attitudes and Skills TENGKU FAEKAH BT TENGKU ARIFFIN ABSTRAK Kajian mengenai komputer dalam pendidikan telah mengambilkira pembolehubah jantina semenjak awal 1980-an. Namun begitu, dapatan kajian mengenai perbezaan jantina adalah tidak konsisten, terutamanya dari segi sikap terhadap penggunaan komputer. Kajian ini mengenalpasti sikap pelajar terhadap teknologi komputer dan tahap kemahiran mereka dalam menggunakan komputer. Maklumat untuk kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang telah dijalankan ke atas 556 orang pelajar dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, pelajar http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_5.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=4&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=4&hits=1f+46+59+8a+

Kembali ke atas