Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di­tetapkan: tindakan ~ akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1 peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: Sekolah itu mempunyai ~ yg patut dipuji. 2 kepatuhan atau ketaatan pd tatatertib dan peraturan: Murid-murid itu menunjukkan ~ yg cukup baik. berdisiplin menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. mendisiplinkan melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disiplin


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdmanusia yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menurut Imam Al-Ghazali tujuan pendidikan Islam adalah untuk membawa individu ke arah pemantapan iman, pemikiran logik dan mampu membentuk disiplin diri. Tujuan akhirnya ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wata’ala bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat (Ghazali Darussalam 2000: 22). Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: “Dan Aku Brunei Darussalam untuk menyampai isi pelajaran. Ini termasuklah teknik bilik darjah dan pendekatannya serta kaedah penyampaian mengikut jenis dan spesifikasi ilmu pengetahuan yang diajar agar ianya berkesan ke arah membentuk disiplin dan akhlak mulia para pelajar. Namun hakikatnya kita sering terdengar dan terbaca di suratkhabar bahawa masalah keruntuhan disiplin dan akhlak di kalangan pelajar-pelajar Islam merupakan satu masalah yang sangat http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=3&hits=208+31e+330+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_3.pdfJpendidikan30[03].pmdmenyerupai kaedah pengajaran konstruktivis (Piirto 1999). Kaedah ini merangkumi empat tahap perkembangan kefahaman pelajar; (1) mencari jawapan atau idea-idea yang intuitif berkaitan dengan perjalanan dunia ini; (2) berfikir mengikut disiplin tertentu; (3) mengabungjalinkan pelbagai pemikiran atau pelbagai disiplin ilmu; dan (4) penghasilan ilmu peribadi. Pelaksanaan program seumpama ini memerlukan guru-guru yang mempunyai ilmu, kesedaran serta kemahiran yang sesuai. Justeru program- program Latihan dalam Perkhidmatan ( LDP) perlu dikelolakan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_3.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=31e+326+

Kembali ke atas