Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ter.pré.ta.si] | اينترڤريتاسي

Definisi : (interprétasi) tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu): berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap peristiwa tersebut; selama kita berpegang pd hakikat ini, selama itu pula kita tidak mungkin memberikan ~ baru terhadap karya sastera lama kita; menginterpretasikan membuat interpretasi tentang (sesuatu), mentafsirkan: tugas utama bimbingan kerjaya ialah ~ dan meramalkan perubahan belia; ~ segala bentuk tingkah laku; penginterpretasian perihal (proses) menginterpretasikan sesuatu, pentafsiran: bentuk-bentuk logik ini merupakan ~ makna yg masih berada pd tahap yg longgar dan kabur; penginterpretasi (orang dll) yg menginterpretasikan sesuatu perkara, pentafsir: ia hanya bertugas sbg ~ yg dangkal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata interpretasi


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminpelajar adalah untuk meninjau gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan perasaan mereka terhadap guru dan sekolah; manakala soal selidik guru meninjau persepsi mereka terhadap gaya belajar pelajar lelaki dan perempuan, dan interpretasi serta implementasi kurikulum. Keputusan peperiksaan awam (UPSR , PMR dan SPM ) pada tahun 1996-2000 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran faktor guru. Item-item dalam soal selidik guru meliputi maklumat demografi (12 item), persepsi guru terhadap pelajar lelaki dan perempuan (12 item), persepsi guru terhadap profesion perguruan (9 item) dan, interpretasi dan pelaksanaan kurikulum (11 item). Ujian Cronbach Alfa digunakan untuk menentukan indeks kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai Cronbach Alfa bagi kedua-dua instrumen adalah tinggi. Bagi instrumen pelajar indeks kebolehpercayaan Cronbach http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=7&hits=70+500+118b+11a4+1221+1279+12b8+

Kembali ke atas