Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Bermimpi mendapat emas,
     takkan membuat pura;
bermimpi mendapat padi,
     takkan membuat lumbung.

Bermaksud :

Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdtidak mampu meningkatkan pencapaian kesemua pelajar. Ini adalah berikutan kepelbagaian tahap penerimaan pelajar terhadap maklumat yang cuba disampaikan akibat daripada gaya pembelajaran yang berbeza-beza antara pelajar. Ini diperkukuhkan dengan kenyataan Gainen dan Locatelli (1995). Menurut mereka pencapaian seseorang pelajar dipengaruhi oleh interaksi antara tiga faktor iaitu ciri pelajar, hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan persekitaran pembelajaran. Kenyataan ini selari dengan pendapat Jonassen dan 116 Jurnal Pendidikan 30 Grabowski (1993) apabila mereka menyatakan bahawa ciri pelajar memang mempengaruhi cara pemikiran serta proses pembelajaran pelajar. Malah cara pemikiran ini http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=3e2+3fd+

Kembali ke atas