Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.san] | کسن

Definisi : 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.san] | کسن

Definisi : 1 tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu; bekas tapak kaki dll; jejak: Kami tidak melihat sebarang ~ manusia di situ. 2 sesuatu yg timbul drpd sesuatu kejadian; akibat: Peperangan akan meninggalkan ~ yg buruk kpd rakyat. 3 perasaan atau fikiran yg timbul setelah membuat (membaca dll) sesuatu: Ucapannya tadi menimbulkan ~ yg kurang baik. berkesan 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? keberkesanan keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin. mengesan 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. mengesankan meninggalkan kesan: Kejadian itu ~ kehampaan di hatinya. Kata-kata yg pedas itu sangat ~. pengesan 1 alat (radar dll) atau sesuatu yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2 orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Peribahasa

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdbalas terhadap persekitaran pembelajaran. Umumnya, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Oleh itu, perlu kaedah pengajaran yang pelbagai sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk menguji kesan gaya pembelajaran yang pelbagai terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, dalam hal ini mata pelajaran pendidikan perakaunan. Gaya pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini ialah gaya pembelajaran berasaskan kepada teori Kolb. Untuk itu, kaedah kuasi eksperimen telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 145 pelajar Kursus Pengantar Perakaunan Kewangan di sebuah IPTA. Tujuan kajian ialah menguji kesan gaya pembelajaran terhadap peningkatan kemahiran kognitif yang dibahagikan kepada dua aras kesukaran iaitu kemahiran teknikal (aras kognitif rendah) dan kemahiran analitikal (aras kognitif tinggi) melalui strategi pembelajaran pengalaman berasaskan Model http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=16&hits=5a+92+b8+c7+509+65d+8a4+920+dbb+de5+e20+10b5+110c+112c+1130+114d+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdtidak diberikan perhatian oleh guru-guru. Hal ini telah menyebabkan penghayatan dan pengamalan terhadap ajaran Agama Islam telah diabaikan. Kenapakah pelajaran Agama Islam yang mereka pelajari di sekolah tidak memberikan kesan yang mendalam terhadap diri mereka. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya fenomena ini. Dalam situasi ini dinyatakan bahawa belum ada kaedah pengajaran yang diaplikasikan dapat menolong pengajaran dan pembelajaran kepada pencapaian popular ini berkesan? 144 Jurnal Pendidikan 30 3. Adakah kaedah-kaedah tertentu yang berkesan dalam pengajaran pengetahuan Agama Islam di sekolah-sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam? 4. Adakah perbezaan kesan pengajaran Agama Islam di antara guru lelaki dengan guru perempuan? METODOLOGI KAJIAN Pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada seramai 26 orang guru agama yang mengajar di tingkatan lima dan seramai http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=5&hits=367+4a6+84e+981+bb4+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmd20 soalan ujian aras pengetahuan kognitif berbentuk objektif berdasarkan soal selidik MCLAAT. Ia merangkumi empat dimensi kognitif iaitu perkakasan dan sistem komputer, aplikasi komputer dalam kehidupan seharian, pengurusan data dan kesan penggunaan komputer kepada masyarakat Setiap item diberikan beberapa pilihan jawapan, termasuk pilihan jawapan ‘saya tidak tahu’. Pilihan seperti ini diberikan bagi memastikan responden tidak meneka jawapan. Setiap jawapan yang betul Melayu) iaitu 3.97. Hanya tiga (3) item sahaja iaitu item 45, 47 dan 55 yang mendapat min kurang JADUAL 3. Min dimensi kognitif Dimensi Kognitif Jumlah Soalan Min Skor Kesan kepada masyarakat 5 8.26 Aplikasi komputer 5 7.21 Perkakasan dan sistem 6 15.37 Pengurusan data 4 10.31 JADUAL 4. Min Item kemahiran dan tahap kemahiran responden http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=4ed+761+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminstrategi pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar (Hsueh-Ya & Banya 1998; Muhammad Kamarul Kabilan 1998). Walaupun demikian, tidak semua kajian tentang keserasian gaya pembelajaran pelajar dengan gaya pengajaran guru mempunyai kesan ke atas pencapaian pelajar, seperti kajian Griffin (1987). Kemahiran dan Strategi Belajar Kemahiran dan strategi belajar meliputi aspek persediaan belajar, pembelajaran dalam bilik darjah, kemahiran membaca dan persediaan menghadapi peperiksaan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=a9c+

Kembali ke atas