Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1. campuran batu kelikir dgn simen (pasir dll) yg digunakan utk pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll): asas rumah itu dibuat drpd ~; 2. bersifat (berupa) sesuatu yg dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihat­an dsb), maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yg ~ ke arah pembangunan ekonomi negara; 3. pasti (tidak samar-samar dsb), positif: mereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~ yg dapat diperjelas tanpa kajian; mengkonkritkan ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihat­kan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas; kekonkritan perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1 campuran simen, pasir batu kelikir dsb utk membuat rumah dll. 2 ki tidak diragui lagi; ternyata ada; berwujud dan dpt dilihat atau diraba; maujud: Mereka menerima cadangan yg ~ bagi membentuk satu sistem yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konkrit (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pasti: positif, jelas,

2. Bersinonim dengan maujud: benar-benar ada, sungguh ada, berwujud, nyata.,



Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdini dapat dijelaskan dalam bentuk satu kitaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Kolb (1984) menerangkan dimensi pertama pada paksi menegak adalah dimensi menerima maklumat iaitu sama ada secara pengalaman konkrit iaitu dengan merasai atau konseptual abstrak iaitu secara berfikir pada kontinum yang bertentangan. Pengalaman konkrit bermaksud pelajar memperoleh maklumat dengan pengalaman langsung sementara konseptual abstrak adalah secara pemahaman konsep dan prinsipal. Dimensi kedua ialah keupayaan memproses maklumat pada dua kontinum iaitu sama ada secara pemerhatian http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=15&hits=756+765+7ae+8d2+9a2+9bf+f15+f79+fc7+ff2+1016+1081+11a7+11dd+11ea+

Kembali ke atas