Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. gaya (cara) membuat sesuatu, per­buatan, tabiat: begini ~mu di belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupa­kan penyanyi tahun enam puluhan; selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; melakukan 1. menjalankan (tugas), mem­buat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; memperlakukan 1. membuat sesuatu (ter­hadap, kpd, dll), menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya; lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, pe­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar ber­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; pelaku 1. orang yg membuat sesuatu per­buatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan se­suatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara membuat sesuatu; perangai; tabiat: Maka Hang Tuah berlima saudara pun segeralah berlari-lari ke sana melihat ~ orang di pasar. buruk ~ buruk perangai. 2 banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: Pisang goreng sangat ~ pd malam minggu spt ini. 3 dpt diterima atau dpt digunakan oleh orang ramai (bkn wang). berlaku 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. melakukan 1 menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2 menjadikan laku; melariskan jualan: Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3 membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. memperlakukan 1 menjadikan berlaku; melakukan atau berbuat sesuatu terhadap: Sampai hati Hassan ~ ibunya spt orang gaji. 2 mengabulkan; memperkenankan: Dia menjadi manja kerana segala kehendaknya diperlakukan. kelakuan tingkah laku; perangai: Kedua-dua budak itu baik ~nya. berkelakuan berperangai; bertabiat: Kamu mestilah ~ baik, sama ada di sekolah ataupun di rumah. perlakuan perbuatan (hal dsb) berlaku atau berperangai: ~ pihak musuh yg sangat kejam itu tidak patut dibiarkan. pelaku 1 orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2 yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). selaku 1 seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2 sebagai: ~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Puisi
 

Lalu gejis laku berjulang,
     Dimakan orang di rumah darat;
Cakap baik tak usah juak dibilang,
     Kakandamu boleh menangkap kilat.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti beras lembab: dijual tak laku,
     ditanak tak muai.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(13)

363

Manners maketh man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdmenunjuk- kan bahawa kaedah-kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam adalah kaedah nasihat, hafalan, bercerita dan lakonan. Sementara itu, aplikasi kaedah-kaedah ini berkesan kepada kepelbagaian tingkah laku dan sahsiah pelajar diantaranya ; berfikir dengan cara Islamik, mendorong minat pembelajaran, membantu pelajar mengamalkan ajaran-ajaran Islam, memperbaiki perangai dan akhlak mereka, membantu pelajar dalam menilai dan menyerap nilai-nilai mendalam terhadap diri mereka. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya fenomena ini. Dalam situasi ini dinyatakan bahawa belum ada kaedah pengajaran yang diaplikasikan dapat menolong pengajaran dan pembelajaran kepada pencapaian tingkah laku dan sahsiah pelajar secara memuaskan. Terlebih-lebih terdapat rungutan bahawa kaedah pengajaran pengetahuan agama Islam belum mencapai tahap keberkesanan yang dikehendaki di sekolah-sekolah yang menjadi kajian ini. Sementara itu http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=7&hits=b5+387+93d+a19+a4c+a5f+ab5+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdoleh mereka adalah berkait rapat dengan kecenderungan pelajar dalam cara menerima dan memproses maklumat iaitu gaya pembelajaran. Honey dan Mumford (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai penerangan terhadap sikap dan tingkah laku yang menentukan kecenderungan cara pembelajaran individu. Konflik yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkait dengan perbezaan gaya pembelajaran antara pendidik dan pelajar. Pendidik biasanya cenderung untuk mengajar mengikut gaya menyebabkan pengajaran banyak bertumpu kepada pembangunan kognitif aras rendah atau bersifat teknikal seperti pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Justeru, aspek pembangunan kompetensi yang melibatkan kemahiran kognitif aras tinggi dan kemahiran tingkah laku kurang diberi perhatian. Kajian lepas tentang kursus Pengantar Perakaunan menunjukkan komposisi pelajar dalam kursus ini terdiri dari kepelbagaian latar belakang pengajian, umur dan pengalaman. Ini bermakna kepelbagaian ciri individu, sikap http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=3&hits=445+622+643+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdfJpendidikan30[10].pmdmungkin berubah mengikut masa walaupun merujuk kepada kontek yang sama. Namun, Riding dan Rayner (1998) tetap mempertahankan model mereka secara relatif. Reiff (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai satu set tingkah laku dan sikap yang membantu pembelajaran seseorang dalam sesuatu situasi. Ia mempengaruhi bagaimana seseorang itu belajar, bagaimana guru mengajar dan bagaimana kaitan antara kedua-duanya. Jika perkaitan kedua-duanya serasi, pembelajaran http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=260+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminpandangan yang berbeza terhadap pelajar, baik lelaki mahupun 107 Prestasi Akademik Mengikut Gender perempuan. Tetapi, guru perempuan mempunyai pandangan yang kurang positif terhadap pelajar lelaki. Keadaan ini boleh mempengaruhi tingkah laku dan sikap guru terhadap pelajar (Eisenberg et al. 1996). Keadaan semakin membimbang- kan kerana jumlah guru perempuan jauh melebihi jumlah guru lelaki (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000) Persepsi Guru Lelaki dan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=1167+

Kembali ke atas