Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.men.ting.kan] | ممنتيڠکن

Definisi : menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Adat bernegeri memagar negeri;
     adat berkampung memagar kampung.

Bermaksud :

Tidak mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminpelajar perempuan, secara keseluruhannya, lebih mengamalkan gaya pembelajaran abstract sequential berbanding dengan pelajar lelaki. Ini bermakna pelajar perempuan lebih memberikan perhatian kepada teori, hipotesis, penganalisisan, hal-hal akademik, berdisiplin dan mementingkan ilmu pengetahuan berbanding pelajar lelaki. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai amalan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pembelajaran di bilik darjah, iaitu gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pengajaran lelaki pula mengambil tindakan yang agak negatif seperti ponteng kelas, ponteng sekolah dan tidak memberi perhatian terhadap pelajaran. Tegasnya, walaupun dalam keadaan yang kurang selesa pun pelajar perempuan tetap lebih mementingkan pelajaran mereka. Persepsi terhadap Kawalan Keluarga Persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap kawalan keluarga dalam aspek-aspek yang melibatkan proses pembelajaran mereka menunjukkan min bagi pelajar perempuan (3.5) adalah http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=a57+e52+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdberbanding strategi PT. Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) sering menjadi bahan kritikan berbagai pihak kerana melahirkan graduan yang kurang berkemahiran serta kurang keupayaan pemikiran yang tinggi (Graham & McKenzie 1995) kerana lebih mementingkan kandungan teknikal dalam menyusun program sarjanamuda (Candy, Crebert & O’ Leary 1994) dan kurang memberi perhatian kepada tujuan pendidikan yang lebih luas. Khusus dalam pendidikan perniagaan, cabaran utama yang dilihat ialah http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=586+

Kembali ke atas