Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmd11 29 Komputer mengeliru dan menjadikan saya tidak senang 3.97 30 Saya tidak pandai menggunakan komputer 3.71 31 Saya akan bekerja dalam persekitaran komputer 3.79 32 Cabaran menyelesaikan masalah menggunakan komputer tidak ada pada saya 3.46 33 Pada pendapat saya membuat kerja menggunakan komputer adalah menyeronokkan 4.27 34 Belajar tentang komputer adalah menarik 4.44 35 Mahir 51 Memanggil data untuk dilihat pada skrin monitor 3.51 Mahir 52 Membuat pilihan menu dengan tepat 3.62 Mahir 53 Menyusun dan mengurus fail 3.18 Mahir 54 Menyelesaikan latihan 3.29 Mahir 55 Menganalisa data 2.96 Kurang mahir 56 Pencarian maklumat melalui internet 3.45 Mahir 57 Berhubung dengan individu lain menggunakan e – mel 3.42 Mahir http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=616+7d7+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdini selari dengan pendapat Foster (1995) dan Gabbin (2002) yang menyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terlalu berpusatkan guru gagal dalam melatih pelajar kemahiran utama seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan kemahiran komunikasi. Kesukaran dalam mengendalikan kursus Pengantar Perakaunan berlaku kerana kedudukannya sebagai kursus pertama bagi pelajar program perakaunan dan juga sebagai kursus terakhir bagi pelajar dari bidang lain secara tak langsung dari pendengaran, pembacaan dan sebagainya kepada pemerhatian baru. 3. Membentuk konseptual abstrak bagi membentuk teori dan generalisasi yang logik. 4. Menggunakan teori baru dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Model pembelajaran Kolb telah digunakan dalam kajian di berbagai bidang pengajian terutama sekali yang memerlukan kerja amali seperti kejuruteraan (Harb et al. 1995), perubatan, keusahawanan (Ulrich & Cole 1987; Norasmah http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=6c7+870+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminreaksi yang berbeza terhadap persekitaran sekolah dan gaya pengajaran guru dengan mengambil tindakan yang lebih mendorong mereka untuk meninggalkan sekolah atau ponteng kelas. Justeru guru hendaklah menyedari hakikat bahawa kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar lelaki adalah berbeza dengan pelajar perempuan. Oleh itu guru dan kaunselor sekolah haruslah memainkan peranan untuk membantu pelajar, khususnya pelajar lelaki menyelesaikan masalah supaya mereka tidak mengambil tindakan yang merugikan diri sendiri. 110 Jurnal Pendidikan 30 RUJUKAN Bank, B. J. 1987. Students’ Sex. In Michael J. Dunkin (Ed.). The International Encyclopedia of http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=156a+1584+

Kembali ke atas