Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1. mengatur lebih dahulu, mem­persiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. meng­anggarkan: negara ~ jumlah peng­hasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mem­per­timbangkan: ke­raja­an Indonesia ~ hendak memutuskan hu­bung­­­an diplomatik dgn China Komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1 mengatur sesuatu lebih dahulu; merencanakan: Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan utk ~ penubuhan universiti itu. 2 membuat anggaran; menganggarkan: Persatuan itu belum lagi ~ pendapatan dan perbelanjaannya utk tahun depan. 3 mengagak-agak; memikir-mikirkan apa-apa yg hendak dibuat: Dia ~ bagaimana hendak melanjutkan pelajarannya ke Eropah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1 memacakkan rancang ke tanah (utk menandai sempadan dll). 2 kelihatan mencuar-cuar tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,

Peribahasa

355

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_3.pdfJpendidikan30[03].pmddatang. Oleh itu sistem pendidikan di Malaysia wajar sensitif kepada keperluan pelajar-pelajar PCA dan BA yang ada di sekolah-sekolah. Perkara pertama yang perlu diketahui oleh semua pihak sebelum merancang program pendidikan pintar cerdas ialah tentang ciri-ciri pelajar pintar cerdas tersebut. Ciri-ciri pelajar PCA dan BA memberi implikasi terhadap keperluan pendidikan mereka. 47 Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar mendapatkan prototaip pemprosesan kognitif pelajar-pelajar khas dalam kategori lain, seperti pelajar-pelajar khas dalam kategori bermasalah pembelajaran dan dalam kategori pemulihan. Maklumat yang diperolehi boleh membantu para guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menyesuaikan intervensi dalam P&P dengan keperluan unik para pelajar. RUJUKAN Abd Majid Mohd Isa.1994. Keberkesanan Raven SPM dalam mengenalpasti kanak- kanak http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_3.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=28f+3c5+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdfJpendidikan30[10].pmdperkara yang dikaji terbatas kepada tahap kecenderungan gaya pembelajaran mengikut model gaya pembelajaran Reid (1987), iaitu visual, audiotori, kinestatik, tactile, kumpulan dan individu. Kefahaman terhadap gaya pembelajaran, akan membantu pensyarah merancang aktiviti pengajaran yang serasi dengan gaya pembelajaran yang menjadi kecenderungan pelajar. Ia akan membawa faedah bersama kepada pelajar dan pensyarah dan seterusnya dapat mengelakkan ketegangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakan tahap kecenderungan gaya pembelajaran yang signifikan mengikut jantina dan opsyen. Hanya gaya pembelajaran berkumpulan yang menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan jantina. Dengan dapatan tersebut adalah diharapkan para pensyarah dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan sesuai dengan dapatan tersebut. Para pensyarah bebas menggunakan daya kreativiti masing-masing bagi mencari pendekatan yang selari dengan tahap kecenderungan gaya pembelajaran yang menjadi http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=3e5+93d+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmdhasil kajian ini dengan menguasai sebanyak mungkin SPB yang tersenarai dalam KD, KT, KB dan KTs untuk dipraktikkan ketika belajar BM semasa DDK, DLK dan PEP. Guru BM, guru dapat merancang pengajaran mereka dengan baik berdasarkan kemampuan pelajar mereka dalam sesuatu kemahiran bahasa yang dikuasai. Ini kerana setiap pelajar menggunakan SPB yang berbeza ketika belajar BM. Kesimpulannya, dengan mengenal pasti SPB yang dikuasai oleh pelajar, guru dapat merancang sesi pengajaran dan pembelajaran BM dengan baik. 71 Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Mengikut Jantina di Luar Kelas Beberapa kajian SPB di luar negara melaporkan guru banyak mempengaruhi SPB yang digunakan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=1ad3+1af8+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdIPT) iaitu penyebaran pengetahuan terkini, pembangunan kemahiran menggunakan idea dan maklumat, pembangunan kemahiran mencari idea dan bukti, pembangunan kemahiran menjana idea dan bukti, pembangunan peribadi pelajar dan pembangunan kemahiran untuk merancang dan mengurus pembelajaran kendiri. Analisis yang dilakukan oleh Bourner mendapati kaedah pengajaran tradisional yang berbentuk kuliah dan penyelesaian masalah berstruktur hanya berkesan untuk matlamat pertama iaitu penyampaian pengetahuan kandungan. Bagi http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=34f+

Kembali ke atas