Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ring] | سريڠ

Definisi : 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), ke­kerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : Mn langsing (badan), ramping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : 1 kemas lagi keras pintalannya (bkn tali, benang dll); kemas lagi rapat tenunannya. 2 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan, kulit dll); tegang. menyering 1 memintal tali dll hingga sering. 2 menegangkan sesuatu yg dianyam dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : , = sering-sering, sering kali acap kali; kerap; selalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : ; ~ lanting nama sj burung, Rhizothera longirostris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sering

Puisi
 

Pergi ke Tanjung membeli sirih,
     Belum dapat kuning gagangnya;
Habis gudang cindai kupilih,
     Belum dapat sering benangnya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.

 

Lihat selanjutnya...(2)

402

Misfortunes seldom come alone

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that misfortunes seldom come alone. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(29)

Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdpelajar. Namun keadaan prasarana persekolahan yang serba lengkap pada hari ini, serta para pendidik yang terlatih masih belum menjamin pencapaian yang memuaskan di kalangan semua pelajar. Sebagai pendidik, persoalan yang sering timbul dalam menjalankan tugas adalah tentang wujudnya perbezaan dalam pencapaian pelajar. Sekumpulan pelajar yang didedahkan dengan strategi serta persekitaran pembelajaran yang sama tidak semestinya menghasilkan output yang sama dalam pembelajaran Kolb 1984 ; Harb et al. 1995). Bertitik-tolak dari matlamat ini, pengkaji menguji keberkesanan gaya pembelajaran terhadap peningkatan kemahiran kognitif melalui strategi KPK berbanding strategi PT. Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) sering menjadi bahan kritikan berbagai pihak kerana melahirkan graduan yang kurang berkemahiran serta kurang keupayaan pemikiran yang tinggi (Graham & McKenzie 1995) kerana lebih mementingkan kandungan teknikal dalam menyusun program sarjanamuda (Candy http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=265+56f+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdbilik darjah dan pendekatannya serta kaedah penyampaian mengikut jenis dan spesifikasi ilmu pengetahuan yang diajar agar ianya berkesan ke arah membentuk disiplin dan akhlak mulia para pelajar. Namun hakikatnya kita sering terdengar dan terbaca di suratkhabar bahawa masalah keruntuhan disiplin dan akhlak di kalangan pelajar-pelajar Islam merupakan satu masalah yang sangat membimbangkan. Tambahan pula sistem yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan pembentukan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=327+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmdmempunyai pengetahuan langsung terhadap komputer, boleh dikenali sebagai buta komputer dan dianggap sebagai penghalang terhadap kemajuan sesebuah negara yang kemajuannya berasaskan teknologi maklumat (Lim 1995). Berita mengenai kecanggihan teknologi maklumat sering dipaparkan melalui media cetak dan media elektronik. Penggunaan komputer semakin penting dalam kehidupan seharian sama ada di pejabat ataupun di rumah. Wawasan 2020 menghadapi cabaran masyarakat yang hidup berasaskan sains http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=284+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmdstudents also reported employing a wider range of language leaning strategies in comparison to female students in the listening, speaking and writing skills. PENDAHULUAN Aspek jantina dalam penyelidikan pembelajaran bahasa sering diketepikan. Oxford dan Crookall (1989) berpendapat bahawa salah satu bidang yang perlu diberi fokus dalam kajian tentang strategi pembelajaran bahasa ( SPB) ialah jantina. Menurut Ellis (1994), setakat ini terlalu sedikit http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=1c3+

Kembali ke atas