Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.al] | سوءال

Definisi : 1. soalan: ~ semacam itu tidak perlu dijawab; 2. hal atau perkara (yg sulit atau rumit), masalah: ~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya; ~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dlm perbualan kami; ~ pokok hal (perkara) yg penting atau utama; ~ selidik sejumlah soalan yg dikemukakan secara berterusan dlm borang tertentu utk dijawab oleh sebilangan orang dlm usaha mencari dan mengumpulkan maklumat ter­tentu; bersoal mengemukakan soal, bertanya; menyoal mengemukakan pertanyaan, mem­beri soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila di­dapatinya soalan tadi tidak mendapat jawab­an; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya; menyoalkan menanyakan sesuatu kpd; mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; soalan sesuatu yg ditanyakan (dlm pepe­riksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pe­muda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masa­lah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, per­bahasan, perbincangan; penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan: cerpen ini berakhir dgn ~ terhadap dirinya; penyoal orang yg menyoal atau menge­mukakan soalan: soalan yg dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.al] | سوءال

Definisi : 1 = soalan 1 apa-apa yg ditanyakan dlm peperiksaan dll; apa-apa yg me­merlukan jawapan; pertanyaan: Segala ~ ttg urusan bank akan dijawab oleh Encik Sanusi. 2 sesuatu perkara yg sulit atau rumit yg perlu diselesaikan; masalah: ~ wang, engkau jangan khuatir. bersoal memberikan soal; bertanya: ~ jawab saling memberikan soalan dan jawapan. menyoal mengemukakan soal (yg sulit-sulit); menanyakan sesuatu (dlm peperiksaan dll): Pihak polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki merompak. mempersoalkan menjadikan sesuatu sbg soal atau sbg masalah: Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini. persoalan sesuatu yg dipersoalkan; masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,

Puisi
 

Cik Salleh membeli pari,
     Campur seekor ikan tenggiri;
Toleh kanan kiri berdiri,
     Soal kubur datang mencari.


Lihat selanjutnya...(3)

Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminkalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian eksploratori menggunakan data sekunder berasaskan keputusan peperiksaan awam bagi tempoh lima tahun (1996-2000). Selain itu soal selidik digunakan keatas sampel 3,000 orang pelajar sekolah menengah dan 1,118 orang guru. Tujuan soal selidik pelajar adalah untuk meninjau gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan perasaan mereka terhadap guru dan sekolah; manakala soal selidik guru meninjau persepsi mereka terhadap gaya belajar pelajar lelaki dan perempuan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=11&hits=3f+50+62+3f2+488+48c+48f+4aa+4da+4e7+598+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdpengajaran yang berkesan di dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam ( PAI). Seramai 26 orang guru agama dan 148 orang pelajar telah terlibat di dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik untuk guru dan pelajar, temu duga untuk guru-guru dan pencerapan di dalam bilik darjah. Kajian ini mendapati beberapa kaedah pengajaran yang popular dan kerap digunakan di dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam iaitu kaedah penerangan, soal jawab, nasihat dan latih-tubi. Hasil utama kajian menunjuk- kan bahawa kaedah-kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam adalah kaedah nasihat, hafalan, bercerita dan lakonan. Sementara itu http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=11&hits=69+8e+4b6+4d5+517+532+6d1+894+8c5+8dc+90d+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdfJpendidikan30[10].pmdiaitu audio, visual, tactile, kinestatik, berkumpulan dan individu serta hubungannya dengan jantina dan opsyen. Kajian ini dijalankan terhadap 338 orang guru pelatih yang dipilih secara rawak berstrata dan satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi memungut data. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi bagi mentafsir data dan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran dengan opsyen? METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian ini ialah kaedah tinjauan. Populasi kajian ialah guru-guru pelatih dari maktab-maktab perguruan di Lembah Klang. Tinjauan ini akan menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mengumpul data. Populasi kajian terdiri daripada semua guru-guru pelatih KPLI (ambilan Januari 2004) maktab-maktab perguruan dari Lembah Klang. Maktab-maktab yang terlibat ialah Maktab http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=5&hits=68+484+4e1+4f1+51e+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdprojek pelaburan berkumpulan. Kumpulan tradisional melalui proses kuliah dan projek pelaburan berkumpulan yang menyamai fasa ketiga dan keempat dalam strategi KPK. Instrumen yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini adalah soal selidik 54 item yang menggunakan skala likert lima markat bagi melihat sumbangan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan KPK terhadap pembangunan kemahiran kognitif aras rendah dan aras tinggi yang dijawab pada peringkat pos rawatan. Soal selidik ini dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan bacaan dan kajian lepas (Friedland 1995, Hongren et al. 2002, Weygant et al. 2002). Cronbach Alpha digunakan bagi menentukan indeks kebolehpercayaan dan kesahan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=4&hits=9f9+a1a+a39+a41+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmdSelain itu, kajian ini turut mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara sikap dengan kemahiran menggunakan komputer dalam ukuran tahap literasi komputer pelajar. Data dalam kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 698 orang pelajar Tingkatan Empat, Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam Rendah dari duabelas buah sekolah menengah mewakili tujuh daerah di Negeri Kedah. Alat ukuran yang 3.00). Ini menunjukkan pada umumnya, pelajar – pelajar sekolah menengah ini bersikap positif terhadap komputer. ASPEK PENGETAHUAN KOGNITIF Bahagian ini mengandungi 20 soalan ujian aras pengetahuan kognitif berbentuk objektif berdasarkan soal selidik MCLAAT. Ia merangkumi empat dimensi kognitif iaitu perkakasan dan sistem komputer, aplikasi komputer dalam kehidupan seharian, pengurusan data dan kesan penggunaan komputer kepada masyarakat Setiap item diberikan beberapa pilihan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=7d+4d8+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_5.pdfJpendidikan30[05].pmdtidak konsisten, terutamanya dari segi sikap terhadap penggunaan komputer. Kajian ini mengenalpasti sikap pelajar terhadap teknologi komputer dan tahap kemahiran mereka dalam menggunakan komputer. Maklumat untuk kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang telah dijalankan ke atas 556 orang pelajar dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap komputer, tetapi agak rendah http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_5.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=4&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=4f+

Kembali ke atas