Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kat] | تيڠکت

Definisi : 1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, leng­gek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kema­juan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempat­nya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri mem­beri pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (ber­lapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, pereng­gan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) mening­katkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kat] | تيڠکت

Definisi : 1 lapis sesuatu benda (spt ba­ngunan, tangga) yg bersusun-susun atau berlonggok-longgok: Rumah pang­­­sa itu sepuluh ~ tingginya. 2 taraf kedudukan; darjat; pangkat: Ada antara Duta Besar yg sama ~nya dgn Menteri. 3 peringkat sesuatu kejadian: Pembinaan masjid itu masih pd ~ awal. bertingkat ada tingkatnya; mempunyai tingkat. bertingkat-tingkat 1 bersusun-susun atau berlapis-lapis: Bangunan di bandar itu kebanyakannya ~. 2 ber­pangkat-pangkat atau berkelas-kelas. meningkat 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badan­nya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 ber­ubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah ber­tam­bah baik. meningkatkan meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup. mem­pertingkatkan menjadikan bertingkat(-tingkat). ting­­­katan 1 peringkat; kelas; taraf (ke­dudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. 2 darjah (di sekolah menengah). peningkatan per­buatan, hal dsb meningkat atau me­ningkatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmdkajian ini ialah untuk mengukur tahap literasi komputer pelajar – pelajar sekolah menengah atas Negeri Kedah. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara sikap dengan kemahiran menggunakan komputer dalam ukuran tahap literasi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 66.67%. Hasil kajian turut mendapati bahawa terdapat hubungan bererti di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Namun, tidak terdapat hubungan bererti di antara sikap dengan kemahiran dalam ukuran literasi komputer pelajar. Dapatan kajian turut menyarankan agar setiap sekolah http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=9&hits=56+fb+3f5+ae4+b05+c0c+c22+c41+c65+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmdDLK Bil. Kod Definisi Koding PCL-1PCL-2PLL-1PLL-2 1. GABD Guna alat bantuan pendengaran / / 2. DPC Dengar pakar cakap / 3. DPF Dengar perkara berfaedah / 4. PMTD Peruntuk masa tingkat pendengaran / / 5. GTTD Guna teknik tingkatkan pendengaran / / 6. DTKR Dengar teliti kata rakan / / / / 7. DTAG Dengar teliti arahan guru / 8. HKT Hadiri kelas tuisyen / 9. DTPS Dengar teliti pengumuman sekolah BPGB Baca petikan guru beri / 34. GTTB Guna teknik tingkatkan pembacaan / / 35. BDL Baca dengan lancar / 36. BTR Banyak tanya rakan / / 37. PBR Pinjam buku rakan / 38. PMTB Peruntuk masa tingkat pembacaan / / 39. GABB Guna alat bantuan pembacaan / / 40. MRSB Minta rakan semak bacaan / 41. MKWMP Minta keluarga wujudkan mini pustakaan / 42. MKSB Minta keluarga semak bacaan / 57 Strategi Pembelajaran Bahasa http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=4&hits=732+7f4+f27+faa+

Kembali ke atas