Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : sl 1. tidak terang, gelap; 2. sukar difahami, sulit: ® umun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~ jalan utk semua orang. 3 sudah diketahui oleh orang ramai; sudah tersiar di merata-rata tempat: Peristiwa itu sudah ~. mengumumkan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. pengumuman 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,

Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdfJpendidikan30[07].pmdpasti gaya pembelajaran pelajar adalah pelajar sedar tentang cara mereka memproses maklumat dan terdapat konstruk ketekalan dalaman dalam diri mereka sebagai pelajar. Kedudukan gaya pembelajaran mengikut hieraki kognitif adalah lebih umum berbanding peringkat kognitif yang lain seperti yang digambarkan dalam Rajah 1. Kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar menyebabkan mustahil bagi pendidik untuk memadankan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar walaupun pemadanan gaya analitikal adalah fasa eksperimentasi aktif, pemerhatian reflektif, pengalaman konkrit dan konseptual abstrak. Ini menunjukkan aktiviti projek pelaburan dan kuliah dilihat oleh pelajar sebagai sangat penting dalam membentuk kemahiran kognitif secara umum. Manakala aktiviti ceramah pakar, kajian kes dan pemerhatian reflektif dilihat sebagai merangsang kemahiran kognitif aras tinggi yang melatih kemahiran analisis, sintesis dan penilaian. KESIMPULAN Kajian ini cuba mengenal pasti kesan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_7.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=4e0+1097+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdfJpendidikan30[10].pmdKomputer Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Jadual 3 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua tahap kecenderungan gaya pembelajaran di kalangan guru pelatih KPLI berdasarkan opsyen. PERBINCANGAN Secara umum hasil analisis kajian mendapati guru-guru pelatih KPLI maktab- maktab perguruan di Lembah Klang cenderung kepada semua tahap gaya pembelajaran yang dikaji ( 3.000 >X ). Terdapat tahap kecenderungan gaya pembelajaran http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=7b8+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminbahawa guru perempuan melaksanakan kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus kepada peperiksaan dengan mengajar menggunakan buku kerja, contoh-contoh soalan lepas dan sebagainya berbanding guru lelaki. PERBINCANGAN Secara umum dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih berjaya dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian menunjukkan beberapa faktor penting yang dikaitkan dengan pelajar, persekitaran dan guru yang diandaikan menyumbang kepada http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=1309+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmdperempuan. Namun demikian, pelajar lelaki dan pelajar perempuan dilaporkan sama-sama banyak menggunakan SPB dalam KT ketika belajar BM semasa DLK. Berdasarkan kedua-dua dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa secara umum pelajar lelaki lebih banyak menggunakan SPB berbanding pelajar perempuan. Ini bertentangan dengan dapatan kajian SPB dalam pendidikan BM seperti yang dijalankan oleh Abu Talib (1998), Mohd. Nazali (1999), Mohd. Nazali http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=1735+

Kembali ke atas