Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ 50 akronim bagi Angkatan Sasterawan 1950. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mem­punyai ~; berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; mengasaskan 1. menyandarkan (meletak­kan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaan­nya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ di­nasti ke-26;pengasasan perbuatan (proses dsb) meletak­kan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebas­an ini amat penting; pengasas orang yg mengasaskan (memula­kan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tapak rumah (bangunan dsb); dasar: ~ rumahnya sedang dibina. 2 apa-apa yg menjadi dasar sesuatu pendapat (perkumpulan, politik dsb): ~ utama persatuan ini adalah meninggikan taraf hidup orang-orang kampung. berasas ada asasnya: Tuduhannya tidak ~ sama sekali. berasaskan berdasar pd: Seseorang itu dihukum ~ undang-undang dlm negeri. mengasaskan 1 menjadikan sbg asas; mendasarkan: Ia ~ hujahnya pd bukti-bukti yg nyata. 2 mendirikan; membangunkan: Beliaulah yg ~ pertubuhan belia itu. pengasas orang yg mula-mula meletakkan dasar (mendirikan sesuatu pertubuhan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ASAS


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Asas-asas sasterawan Nusantara sebagai organisasiAwang Rosli Haji MurniDewan Sastera1 August 1991
ASAS '05 Setengah AbadMasuri S.N.Dewan Sastera1 August 2000
Asas Pembinaan TamadunRatna Rosnida Abd. RazakDewan Masyarakat1 April 2009
Asas pengurusan animasiSharkawi Che DinDewan Siswa1 December 2007
Asas seni perlu kukuhMasli N.O.Dewan Budaya1 July 2006
Asas fonetikFadhila AhmadPelita Bahasa1 November 1998
ASAS 50 seni untuk masyarakatTiadaDewan Siswa1 November 2004
Asas pengetahuan yang berubah-ubahDrucker, Peter FDewan Ekonomi1 September 1997
Asas pendidikan filem kita lemah [diwawancara oleh Nadim]Shariff AhmadDewan Budaya1 September 1997
Asas kemajuan atau B-ekonomi?Hassan AhmadDewan Masyarakat1 May 2004
12345678910...

Kembali ke atas