Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memindahkan Sepi Sajak Seorang Lelaki TuaLim Swee TinDewan Sastera1 June 1991

Kembali ke atas